Bukan perempuan sahaja tau yang perlu jaga hal ehwal rambut. Lelaki juga kena jaga! Kebanyakan lelaki tidak berapa ambil kisah untuk merapikan diri sendiri. Kalau rambut cantik bersinar, mesti bertambah kehenseman tu kan?
Penjagaan rambut lelaki tidaklah serumit wanita. Rambut lelaki lebih lasak dan senang diuruskan. Tetapi ini bukan lah bermaksud lelaki boleh mengambil remeh soal penjagaan rambut. Mari kita ketahui 14 tips penjagaan rambut untuk lelaki!
ELAK MENCUCI TERLALU KERAP
Salah satu kesilapan biasa yang dibuat oleh semua lelaki: Mencuci terlalu kerap. Cuci rambut anda 2-3 kali seminggu dan wajib gunakan conditioner. Ini untuk mengelakkan rambut menjadi kering dan kusam selepas cucian.
ELAK KERINGKAN RAMBUT DENGAN KASAR
Normal kan lelaki lepas mandi, digonyoh-gonyoh rambut tu dengan tuala. Jangan macam tu bang, rosak akar rambut tu. Kalau rambut basah lagi sensitif untuk gugur. Sebagai ganti, usap lembut rambut anda atau biarkan kering dibawah kipas.
GUNAKAN TELUR SEBAGAI CONDITIONER
Telur adalah sumber protein semulajadi. Tetapi, ada satu mineral lagi yang rambut anda sangat perlukan: Sulphur. Caranya mudah sahaja, lumurkan kuning telur pada rambut dan kulit kepala anda. Ini dapat membantu kulit kepala anda mendapatkan nutrisi secukupnya.
ELAKKAN TERDEDAH PADA AIR KOLAM
Kolam renang mempunyai satu bahan yang menjadi musuh ketat rambut: Chlorine. Chlorine membantu untuk membersihkan air kolam. Namun jika terkena pada rambut anda untuk tempoh yang lama, chlorine akan membuatkan rambut anda keras, kering dan berpintal. Ini kerana chlorine akan bertindak menyingkirkan protein dari rambut dan akan meresap kedalam kulit kepala. Jika tiada topi renang, sapukan sedikit conditioner dan basahkan sedikit rambut di luar kolam.
ELAK GUNA TERLALU BANYAK PRODUK
Lelaki ni satu je, suka tukar-tukar produk. Dan pakai macam-macam. Wax lah, pomade lah, gel lah, spray lah. Ini akan membuatkan rambut anda rosak dan berminyak jika digunakan berlebihan. Guna secara berkala dan pada kadar yang sedikit.
GUNA SHAMPOO YANG BETUL
Seperti point diatas, jika anda tidak mencuci rambut selepas menggunakan wax/pomade dalam tempoh yang lama, rambut anda akan mendap dengan kotoran dan daki lama. Gunakan shampoo yang menyingkirkan sepenuhnya kotoran dan minyak seperti Shampoo Faith Fleur. Anda juga boleh gunakan cuka putih untuk mengimbangi semula pH rambut anda.
ELAK CUCI BERULANG KALI
Salah satu mitos rambut yang terkenal: Shampoo berulang-ulang kali sehingga bersih. Sebenarnya, satu cukup dan memadai. Ini adalah satu propaganda iklan tv untuk anda menghabiskan shampoo secepat mungkin, dan beli lagi! Sekali sudah cukup.
ELAK GUNA ALAT PEMANAS BERLEBIHAN
Tak ramai lelaki yang menggunakan hair straightener dan hair blower. Tetapi, jika anda salah satu dari pengguna dua alat tersebut, elakkan setting pada suhu yang tinggi. Biar lambat, asalkan sihat. Jika boleh, elakkan terus dari menggunakan hair blower, biarkan rambut kering sendiri
KEMASKAN RAMBUT!
Gunting rambut secara berkala. Hadir ke salon sekali dalam sebulan untuk mendapatkan rawatan dan potongan rambut. Hujung rambut cenderung untuk kering, jadi kemaskan!
CUCI MENGGUNAKAN AIR SUAM
Air sejuk sebenarnya mampu menyekat pengaliran darah di kulit kepala. Darah ini membawa nutrisi dan vitamin untuk rambut anda. Jika tidak sampai, itulah punca kerosakan rambut anda. Tetapi, ini tidak bermakna anda perlu mandi menggunakan air panas. Gunakan air suam atau bawah sedikit dari suhu suam.
KEKALKAN RAMBUT NATURAL
Kurangkan pewarnaan rambut, rebonding rambut dan lain-lain. Sekali rambut anda rosak, semakin melayang duit anda untuk merawat rambut rosak.
GUNAKAN ALATAN YANG BETUL
Sikat terbaik untuk rambut adalah diperbuat daripada kayu. Elakkan menggunakan sikat plastik kalau boleh, kerana ianya tajam untuk rambut. Dan jangan sesekali sikat rambut ketika basah!
ELAKKAN KERAP MEMAKAI TOPI
Jika anda kerap memakai topi, anda perlu tahu mengenai satu istilah ini. Iaitu “traction alopecia”. Salah satu simptom dimana rambut anda terikat kepada tekanan dan tarikan yang tinggi. Ini boleh menyebabkan keguguran rambut yang menjurus kearah botak.
JAGA KESIHATAN
Seperti wanita, rambut melambangkan kesihatan seorang lelaki. Jaga permakanan, jangan merokok, bersenam, minum air secukupnya, kurangkan stress dan dapatkan tidur yang berkualiti.