Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

PARABEN: SAMPAI BILA?

By 14 Oktober 2020Oktober 30th, 2020No Comments

Memiliki rambut yang lurus tanpa rambut gugur adalah impian setiap wanita, terutamanya apabila rambut tersebut cantik, lebat dan berkilat. Ramai juga antara kita yang menginginkan pujian hasil rambut yang cantik dan sihat, kan? Namun, bukan semua wanita sedar, mereka terdedah dengan bahaya yang boleh mengancam rambut cantik mereka.

Salah satu bahan yang boleh menggangu pertumbuhan rambut dan hormon adalah paraben. Paraben merupakan sejenis pengawet yang digunakan dalam kebanyakan produk kosmetik untuk membantu mencegah kulat dan bakteria serta menjaga kualiti produk. Tapi, adakah anda sedar betapa bahayanya Paraben kepada manusia?

Pada tahun 2004, seorang peneliti bernama Philippa Dabre dalam Concentracion of Parabens in Human Breast Tumor dalam Journal of Applied Toxicology, telah menemui paraben pada tumor payudara yang boleh membahayakan. Perkara ini menyedarkan ramai wanita untuk lebih berhati-hati selain banyak juga saranan untuk wanita mengurangkan penggunaan paraben dalam produk penjagaan diri wanita.

Tapi, ada juga yang kata, paraben ini tidak membawa kesan terhadap tubuh badan manusia, betul ke?

Paraben diperlukan dalam kebanyakkan produk penjagaan diri disebabkan bahan itu mampu menjaga ketahanan kualiti produk untuk jangka masa yang lebih panjang.

Namun, perkara itu tertakluk kepada kepekatan paraben yang digunakan. Kepekatan yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada kulit, kerangsaan melampau dan berisiko tinggi.

Apa kata kita berfikir sejenak, sampai bilakah anda mahu bahan kimia berbahaya berada dalam produk penjagaan diri mempengaruhi hormon dan tubuh badan anda?

Sejak abad ke-19, ramai wanita lebih memilih untuk menggunakan produk penjagaan diri yang bebas paraben atau natural memandangkan mereka risau dengan kesan jangka panjang yang boleh berlaku. Mencegah lebih baik daripada merawat, betul?

Paraben dilabelkan bahaya kerana bahan ini boleh menggangu hormon dan fungsi sistem endocrine yang mempu merosakkan sistem badan, gangguan hormon dan bagi sesetengah kes, menyebabkan alergi.

Jadi, kita sama-sama menjadi pengguna yang bijak untuk memilih produk penjagaan diri yang sesuai dan jauhi perkara yang boleh memudaratkan kesihatan diri.