Rambut ibarat mahkota. Tidak kira kepada lelaki atau wanita. Rambut berperanan penting dalam menonjolkan keyakinan diri bila berada di khalayak ramai. Namun, masih ada antara kita yang mengabaikan penjagaan rambut sehingga membawa ke beberapa masalah yang sukar diselesaikan.
Rambut bukan lagi satu perkata ynag boleh kita pandang rendah, tetapi menjadi perkara yang perlu kita didik untuk terus mencari penyelesaian yang berterusan supaya masalah rambut yang timbul, berpunca daripada kita sendiri dapat diselesaikan.
Begitu juga dengan penggunaan dalam perapi rambut (Conditioner) dalam rutin penjagaan rambut, yang sering diabaikan kerana merasakan penggunaannya ‘renyah’.
Kebanyakkan daripada kita, terutama mereka yang tidak mengikuti perkembangan kelebihan conditioner kepada rambut, sering ‘lompat’ rutin penjagaan rambut. Bagi mereka, syampu sahaja mampu memberikan rambut yang mereka idamkan.
Jadi, hari ini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa kelebihan conditioner yang perlu mendapat perhatian anda SEGERA!
1) Melembutkan Rambut.
Pernah tak anda rasa rambut rasa kering, kusam dan tidak menarik? Rasa tak selesa, kan? Sebab itu, anda perlu masukkan conditioner dalam rutin penjagaan rambut. Baru, tidak tersekat di skala 6.
2) Mengatasi Masalah Rambut Kembang.
Sering rasa rambut seperti seekor singa? Sudah lah kembang, sukar diuruskan pula tu. Ok, selepas ini cuba gunakan conditioner untuk hasil yang baik.
3) Melembapkan Rambut.
Conditioner mempunyai nutrisi yang boleh menjaga kelembapan rambut selain
memperbaiki tekstur menjadi lebih menarik.
4) Menjaga Kilauan Rambut.
Mereka yang selalu menggunakan pengering rambut, anda WAJIB menggunakan conditioner demi menjaga kelembutan dan kelembapan rambut, sebab rambut yang bersentuhan dengan suhu panas tanpa alas akan memusnahkan nutrisi rambut.
5) Menjauhi Rambut Kusut.
Pernah tak rasa diri tidak boleh ditiup angin? Susah nak berangan macam iklan tv sebab rambut kusut yang mengganggu anda berangan? Disebabkan sifat conditioner melembutkan rambut, sekarang anda tak perlu risau lagi.
“TAPI, KENAPA RAMBUT SAYA MASIH BERMINYAK BILA PAKAI CONDITIONER?”
Jika perkara ini berlaku kepada anda, anda perlu periksa semula cara pemakaian conditioner yang selalu anda lakukan.
- Pastikan Conditioner dipakai dalam keadaan basah.
- Pemakaian conditioner perlu dimulakan dari tengah rambut sehingga ke hujung.
- Hindari dari terkena kulit kepala
- Wajib untuk bilas sehingga rambut bersih.
Ikut langkah-langkah di atas dan lihat perubahan pada rambut anda dalam tempoh 3 bulan.