Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

5 JENIS HAIR MASK UNTUK RAMBUT ANDA

By 23 Oktober 2018September 7th, 2020No Comments
Kadangkala rambut anda memerlukan sesuatu yang extra. Tanpa kita sedar kita telah merosakkan rambut sendiri yang selalunya tak nampak untuk jangkamasa pendek. Kerosakan dari dandanan rambut, dari proses saloon, dari produk yang salah atau dari penggunaan hair straightener yang salah. Dan kesemua ini bergabung meletup untuk merosakkan rambut anda.
Image result for hair mask

Gunakan berus untuk sapuan yang rata

Sebab itu wujudnya Hair Mask. Prosesnya sama seperti Face Mask untuk muka, Hair Mask akan merawat dan memberikan nutrisi tambahan untuk rambut anda kekal kuat dan sihat. Sesetengah orang memanggil proses ini sebagai deep conditioning. Hair Mask juga ada berbeza-beza jenis. Ada yang pakai hanya 2-3 minit, ada yang berjam-jam, ada yang perlu ditinggalkan seharian.
Image result for hair mask

Gunakan sikat kayu yang tidak merosakkan rambut

BILA NAK GUNA HAIR MASK?
Kekerapan Hair Mask ini tidaklah sekerap yang anda sangka. Anda boleh gunakan Hair Mask dengan kekerapan sekali seminggu, diselangi dengan proses shampoo dan conditioner. Selepas mandi, biarkan rambut kering dan lembap seketika, kemudian letakkan Hair Mask pada rambut anda. Urut kulit kepala dan biarkan seketika. Dan akhir sekali, bilas seperti biasa menggunakan air
HAIR MASK DAN JENIS-JENISNYA
Jika shampoo ada pelbagai variasi untuk masalah rambut seperti merawat keguguran rambut, merawat kelemumur, merawat rambut kering atau merawat rambut bercabang, begitu juga Hair Mask. Setiap bahan yang digunakan untuk Hair Mask membawa fungsi yang khusus untuk merawat masalah rambut dengan baik.
Mari kita belajar apa jenis-jenis Hair Mask yang anda boleh cuba sendiri dari rumah!
UNTUK RAMBUT KERING
Homemade Hair Masks

Hair Mask untuk rambut kering

Bahan-bahan yang terdapat didalam Hair Mask ini kaya dengan agen pelembap semulajadi yang sangat baik untuk rambut yang kering. Ianya dapat merapikan rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mengekalkan kelembapan yang ada didalam rambut.
Homemade Hair Masks

Bahan-bahan yang perlu disediakan

Bahan-bahan
  • 1 biji pisang
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar madu
  • 3 sudu besar susu
Homemade Hair Masks

Campurkan kesemua bahan yang ada

Mudah sahaja, lenyekkan pisang sehingga hancur dan masukkan kesemua bahan-bahan diatas. Letak di seluruh rambut anda selama 10 minit
UNTUK RAMBUT KUSAM
Homemade Hair Masks

Hair Mask untuk rambut kusam

Ini Hair Mask paling mudah untuk anda buat! Hanya dapatkan yogurt asli di pasaraya dan sapukan pada rambut anda. Ya betul, satu bahan sahaja! Lemak susu yang terdapat didalam yogurt mampu memberikan kelembapan kepada rambut anda
Homemade Hair Masks

Yogurt!

Bahan-bahan
  • Yogurt
UNTUK RAMBUT BERMINYAK
Homemade Hair Masks

Hair Mask untuk rambut berminyak

Mungkin anda juga tahu khasiat telur untuk rambut anda. Putih telur mampu mengawal pengeluaran minyak oleh folikel rambut anda. Penghasilan minyak yang tidak terkawal inilah yang menyumbang kepada masalah rambut berminyak. Dan lemon pula digunakan untuk menyingkirkan minyak berlebihan pada rambut. Serta garam untuk membuang sisa sisa produk dan debu kotoran yang melekat pada rambut anda.
Homemade Hair Masks

Bahan-bahan yang perlu disediakan

Bahan-bahan
  • 1 biji putih telur
  • Jus dari 1 biji lemon
  • 1 sudu besar garam
Homemade Hair Masks

Pukul telur dan gaul rata

Caranya mudah sahaja, pukul putih telur sehingga berubah menjadi tebal dan likat. Ini akan memudahkan proses meletakkan Hair Mask pada rambut. Dan kemudian masukkan kesemua bahan diatas.
UNTUK KULIT KEPALA GATAL
Homemade Hair Masks

Hair Mask untuk kulit kepala gatal

Kulit kepala yang gatal banyak dikaitkan dengan emosi. Sama ada anda banyak stress atau banyak berfikir. Jika anda perasan, setiap kali anda stress berfikir, anda akan menggaru kulit kepala! Hair Mask yang berikut boleh merawat kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala
Homemade Hair Masks

Bahan-bahan yang perlu disediakan

Bahan-bahan
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar air
Homemade Hair Masks

Campurkan kesemua bahan diatas

Jus lemon akan menyingkirkan kuping-kuping kelemumur dan memberikan kelembapan pada kulit kepala. Campurkan kesemua bahan diatas dan sapu di kulit kepala anda!

Walaupun kesemua ini nampak leceh dan menyusahkan, percayalah anda pasti tidak akan berhenti dari mencuba hair mask baru kerana hasilnya sangat mujarab! Silap-silap, anda akan ketagihan untuk merawat rambut secara semulajadi!

Leave a Reply