Skip to main content
Berita Terkini

Erra Fazira komited angkat jenama Faith Fleur ke tahap lebih tinggi

By 21 Julai 2022No Comments

PRIMADONA negara, Erra Fazira komited dalam mengangkat nama jenama penjagaan rawatan rambut, Faith Fleur ke tahap lebih tinggi selepas dilantik sekali lagi untuk tahun ke-3 sebagai duta dalam membantu mengukuhkan hubungan dengan lebih mendalam dengan sasaran pengguna.

Erra yang berbesar hati dengan pelantikan itu mengakui perjalanan kali ini lebih sebagai duta dengan perancangan yang  jitu.

“Saya sudi dalam membantu mengangkat jenama Faith Fleur ke tahap lebih tinggi yang sememangnya telah dikenali ramai,”katanya dalam sesi media di Ctymary Resources Sdn Bhd selepas menandatangani perjanjian kontrak sebagai duta Faith Fleur semalam.    

Beliau berkata, pengalaman selama dua tahun dengan Faith Fleur sebelum ini telah banyak mengajarnya.

“Saya tertarik dengan cara serta startegi Pengasas Faith Fleur, Puan Siti Mariam Abdul Samad dalam mengendalikan syarikat dan semangat beliau yang turut menyediakan platform dalam membantu wanita diluar sana menjana pendapatan,”katanya.

Mengenai kesudian menjadi duta pula, Erra mengakui sebelum beliau menandatangani sesuatu produk, keyakinan itu perlu ada, begitu juga ke atas jenama ini.

“Saya kena cuba dulu sebab bila sesuai dengan sesuatu produk barulah senang untuk bercakap. 

“Tapi saya percaya jenama Faith Fleur ini tidak perlu diperkenalkan lagi, selain kebaikan yang ada dalam produk,”katanya.

Primadona itu sangat tertarik dengan produk tonik dan serum  rambut dari Faith Fleur yang membantunya mengatasi masalah keguguran rambut sebelum ini.

“Saya bermula dengan Faith Fleur dengan masalah rambut gugur, selalu ada masalah itu. Saya kemudiannya mencuba produk ini dan Alhamdulillah, adanya keserasian pada kulit rambut saya,”katanya.

RAMBUT MAHKOTA BAGI WANITA DAN LELAKI

Masalah keguguran akan dihadapi oleh semua orang tidak kira golongan wanita mahupun lelaki.

Bagi wanita, rambut itu mahkota, begitu juga bagi lelaki.

Erra pun tanpa segan silu mengakui pernah mengalami masalah rambut gugur, namun bila menemui produk yang boleh membantu mengurangkan keguguran rambut, memberikannya kelegaan.

Katanya, selain daripada faktor berhijab, faktor usia dan hormon badan antara kesan yang akan dialami oleh setiap individu.

“Semua individu akan mengalami masalah rambut gugur kerana perubahan hormon tapi bila menggunakan produk rawatan rambut yang betul ia dapat membantu melambatkan proses.

“Oleh itu, kita tidak boleh malas menjaga rambut. Biar duduk di rumah sekalipun, yang melihat diri adalah diri kita sendiri. 

“Kita perlu jaga diri sendiri untuk mendapatkan keyakinan barulah kita akan lebih selesa dengan fizikal tubuh badan.

“Jangan abaikan kecantikan. Kalau boleh peliharalah, ia adalah penting untuk meningkatkan tahap keyakinan diri,”katanya.

Sementara itu, Erra mengajak kepada semua pelanggan setia Faith Fleur untuk terus memberikan sokongan ke atas jenama keluaran Bumiputera ini. 

“Sesiapa yang masih lagi spektikal, percayalah produk rawatan rambut ini boleh dipercayai. Ini semua hasil daripada maklum balas positif yang diterima.

“Kita bukan sahaja mengangkat martabat produk tempatan tetapi dalam masa sama, memberi peluang orang ramai dalam menjana pendapatan.

Ujar Erra, untuk berjaya selain untuk kekal menjaga kecantikan dan kesihatan diri, perlulah bermula daripada diri sendiri.