Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Kerap Warna Rambut?

By 31 Oktober 2022November 17th, 2022No Comments

‘Kalau ada rambut warna merah nampak lawa juga kan? Hm ke nak warna biru? Warna hitam ini bosan’

Pernah tak ada niat macam ini? Suka sangat tengok warna rambut orang ramai yang colourful tapi warna rambut kita bosan sangat. 

“Kerap warna rambut boleh buat botak?”

“Jangan warna rambut, nanti menyesal!”

Dah terbantut niat untuk mewarnakan rambut lepas terdengar semua keluhan ni. Rasa ‘down’ sangat, tapi ini adalah perkara biasa. Keresahan ini bukan saja dihadapi wanita tetapi juga orang lelaki yang mempunyai niat untuk mewarnakan rambut.

Bagi mereka, rambut adalah mahkota, yang perlu dijaga dan dicantikkan. Yang tak boleh nak disorok. Jadi, wajarlah mereka nak nampak kemas dan segak dengan rambut berwarna. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk anda yang suka warnakan rambut tetapi risau rambut akan menjadi rosak, kering dan kasar?

KAJI ISI KANDUNGAN

Pertama sekali adalah anda perlu lihat dan baca kandungan yang ada pada bahan pewarna rambut. Elakkan bahan yang mengandungi ammonia kerana bahan ini boleh menyebabkan rambut rosak. 

Apakah kandungan apa yang sesuai untuk warnakan rambut? Cuba gunakan minyak zaitun, minyak badam dan minyak avokado. Minyak zaitun mempunyai kelebihan seperti menjadikan akar rambut lebih kuat, sihat dan terhindar daripada masalah kebotakan rambut. 

Minyak badam pula mengandungi vitamin E yang dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. Minyak avacado pula akan menghilangkan kelemumur dan mencegah daripada keguguran rambut serta beri perlindungan buat rambut anda jika terdedah dengan matahari. 

JAGA KELEMBAPAN RAMBUT SELEPAS WARNA

Selepas anda pilih kandungan yang sihat dan selamat buat rambut anda, anda juga perlu pastikan anda memilih syampu yang sesuai buat rambut anda pula. Penggunaan syampu yang selamat akan lebih bantu rambut anda kekal sihat tanpa ada sebarang masalah. Kemudian, gunakan pula perapi atau conditioner selepas bersyampu supaya kelembapan rambut anda sentiasa terjaga.

KURANG HEAT STYLING

Menggayakan rambut menggunakan alatan elektronik itu tidak salah, yang salah jika anda tidak menggunakan ‘heat protectant’ bagi melindungi helaian rambut anda. Haba yang terlampau banyak yang diletakkan terus kepada rambut bakal menrosakkan rambut dari dalam menjadikan rambut sukar tumbuh dan rosak. Sudahlah rambut kering, ditambah pula dengan haba, maka makin rosak lah rambut anda.

Kini, lebih mudah untuk anda menjaga rambut dengan Faith Fleur. Pastikan rawat semula rambut anda dengan Hair Serum dan Hair Mist daripada Faith Fleur, untuk rambut lebat dan cantik.

Ingin lebih banyak perkongsian mengenai rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover