Bagi ramai orang di luar sana, rebonding rambut merupakan satu pilihan yang sangat famous bila pergi buat rambut. Untuk korang yang tak tahu tu, rebonding ialah proses kimia yang dilakukan di salun di mana struktur semula jadi rambut korang akan diubah dengan bahan kimia dan haba untuk memberikan rambut yang lurus. Sebenarnya, terdapat beberapa kesan buruk yang korang boleh dapat bila rebonding rambut.
Selain menggayakan rambut alfro, beralun atau dengan potongan yang pendek, ramai juga yang menggemari rambut lurus sebagai rambut harian diorang. Setelah melakukan proses rebonding, bahan kimia yang digunakan pada rambut menyebabkan rambut untuk menanggung pelbagai risiko. Keadaan rambut tersebut akan menjadi lebih teruk sekiranya korang tidak menggunakan produk penjagaan rambut yang betul.
Ini adalah peringatan penting untuk sesiapa yang telah membuat keputusan mahu rebonding rambut. Jika rambut korang nipis, kering, pernah melalui rawatan warna, dilunturkan atau rosak disebabkan haba, rebonding rambut mungkin merosakkan rambut tanpa memberikan hasil yang diingini. Korang harus berunding dengan stylist sama ada rawatan itu akan berfungsi dengan baik atau tidak untuk rambut korang.
Kesan Buruk Apabila Rebonding Rambut
1) Mampu merosakkan rambut korang
Seperti yang dikatakan di atas, rawatan kimia semasa rebonding rambut boleh menjadi punca kerosakan rambut. Proses tersebut boleh menyebabkan rambut korang patah. Selain itu, bahan kimia yang digunakan dalam proses itu juga boleh merosakkan kulit kepala korang. Jika korang mempunyai kulit sensitif, korang perlu berbincang dengan stylist korang sebelum meneruskan prosedur untuk rebonding rambut.
2) Maintenance tinggi
Untuk mengelakkan kerosakan rambut selepas melakukan proses rebonding rambut, korang mungkin perlu melabur dalam produk penjagaan rambut yang mahal untuk melindunginya daripada kerosakan dan juga kekeringan. Haa, korang nak tahu tak. Ada je tau produk penjagaan rambut yang berkualiti tinggi tapi dengan harga yang menjimatkan. Korang guna je produk penjagaan rambut dari Faith Fleur. Dengan menggunakan produk penjagaan rambut dari Faith Fleur, korang dapat melindungi dan merawat kulit kepala korang sampai lah ke hujung rambut tau.
3) Mungkin tidak sesuai untuk semua jenis rambut
Proses rebonding rambut sebenarnya tidak disyorkan untuk setiap jenis rambut yang wujud di atas muka bumi ni. Korang mungkin perlu berbincang dengan stylist korang tentang kaedah rebonding rambut yang disyorkan untuk korang, dan juga bergantung pada tekstur rambut korang.