Korang semua mesti dah ada tips penjagaan rambut yang korang amalkan sejak bertahun-tahun kan. Berkesan ke tak tips yang korang guna tu? Kalau berkesan, korang boleh la teruskan dengan tips yang korang tahu tu. Kalau tak berkesan, korang kena ambil langkah yang cepat untuk ubah cara penjagaan rambut korang supaya keadaan rambut korang tak jadi lagi teruk.
Sebenarnya banyak je tips penjagaan rambut yang korang boleh pelajari dan gunakan dalam hidup korang tau. Cumanya, korang perlu pastikan yang tips penjagaan rambut yang korang amalkan tu sesuai untuk kesihatan rambut dan juga kulit kepala korang. Tak semua tips penjagaan rambut sesuai dengan semua orang. Jadi, jangan sebarangan je ikut tips yang diberikan.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba rutin penjagaan rambut yang baru, korang boleh baca artikel ni sampai habis untuk mengetahui tips penjagaan rambut yang akan berkesan untuk korang.
Tips Penjagaan Rambut Untuk Korang Cuba
1) Air Sejuk Bagus Untuk Kesihatan Rambut Korang
Semasa korang mencuci rambut, pastikan korang memilih untuk membasuhnya dengan menggunakan air suam atau air sejuk berbanding menggunakan air panas. Air sejuk yang dimaksudkan tidak bermakna korang perlu mandi dengan air sejuk beku sehingga korang menggigil waktu korang tengah mandi tu. Sebaliknya, korang boleh menggunakan air pada suhu bilik. Hal ini kerana, air panas dan suam membuka kutikula rambut dan liang roma pada epidermisi. Jika air terlalu panas pula, ia boleh merosakkan rambut korang. Oleh itu, korang disyorkan untuk menggunakan air suam untuk mencuci shampoo. Selepas korang menggunakan Hair Conditioner pada rambut korang, bilas pula dengan air sejuk.
2) Gunakan Shampoo Dan Conditioner Daripada Jenama Yang Sama
Pilih shampoo dan juga conditioner daripada jenama yang sama. Sebabnya ialah kerana, ia mempunyai formulasi yang sama. Setiap formulasi dibuat untuk jenis rambut tertentu dan juga dengan tujuan yang tertentu. Korang akan mendapatkan hasil yang lebih baik apabila korang menggunakan produk penjagaan rambut daripada jenama yang sama dan bukannya daripada dua produk individu. Kalau dah bercampur, lama-kelamaan masalah rambut korang pon tak akan dapat diselesaikan tau. Sebagai contoh, produk penjagaan rambut daripada Faith Fleur.
- Untuk merawat masalah rambut gugur.
- Untuk merawat masalah rambut bersama kelemumur.
- Untuk rambut yang mengalami total damage dengan pelbagai jenis masalah rambut.
- Untuk rambut yang berwarna.
- Untuk mereka yang dah biasa menggunakan shampoo dan juga conditioner setiap hari.
3) Menjaga Pemakanan Dan Diet Korang
Korang tahu tak, yang diet menjejaskan kesihatan rambut korang tau. Semakin sihat diri korang, semakin cantik rambut korang jadinya. Nutrien tertentu, seperti vitamin rambut, zat besi, dan protein, adalah penting untuk pertumbuhan dan kesihatan rambut. Jika korang tidak dapat memperoleh cukup daripada diet korang sekarang, korang perlu mempertimbangkan suplemen rambut tau. Kalau tak, nanti rambut korang pula yang akan merana. Pemakanan korang juga menjejaskan kesihatan rambut. Oleh itu, adalah penting untuk korang makan banyak buah-buahan, sayur-sayuran, dan juga makanan berprotein tinggi untuk memastikan rambut semula jadi korang sihat dan mengekalkan nutrisi rambut tersebut.
4) Memakai Hair Mask Yang Bersesuaian
Selain daripada itu, korang perlu menggunakan Hair Mask yang sesuai untuk rambut korang tau. Tapi, korang perlu kenal dulu jenis rambut korang sebelum korang mula memakai Hair Mask. Keperluan rambut berbeza mengikut jenis dan masalah rambut korang. Oleh itu, korang perlu menggunakan Hair Mask yang betul, atau ia boleh memburukkan lagi masalah korang. Sebagai contoh, korang boleh memakai Hair Mask daripada Faith Fleur.
Kebaikan Hair Mask keluaran Faith Fleur:
- Merawat rambut rosak.
- Membaiki setiap helaian rambut.
- Memberi nutrisi kepada rambut.
- Meningkatkan kualiti rambut.
- Menyihatkan rambut dan juga kulit kepala.
5) Elakkan Guna Bahan Kimia Berlebihan
Penggunaan shampoo dan conditioner yang mempunyai kimia secara berlebihan boleh menyebabkan rambut menjadi kusam dan kering. Bahan kimia, selain tidak mendatangkan kebaikan kepada rambut korang, tidak juga mendatangkan kebaikan kepada alam sekitar. Oleh itu, adalah lebih baik korang menggunakan produk yang diperoleh secara semulajadi atau herba.