Skip to main content
Pengedar Recruitment

APA YANG PERLU KITA BUAT SEBELUM MENJADI DROPSHIP? BACA 3 TIPS INI!

By 17 Mei 2021No Comments

Dalam bidang apa jua kita ceburi, perlu terlebih dahulu asah perkara asas yang menjadi punca utama kita untuk ‘grow’.

Ramai orang sangka hendak menjadi seorang usahawan perlu modal beribu-ribu ringgit. Ada duit, semua benda boleh jalan. Silap tanggapan itu. Sekiranya kita didik diri ada duit baru boleh buat bisnes, memang semuanya akan terbantut.

Bagaimana pula dengan orang yang tiada modal tetapi hendak buat bisnes? Sedangkan ramai jutawan di bawah Buddies Faith Fleur bermula dengan RM0 modal.

Sebabnya, program pengedar kami khas untuk semua lapisan masyarakat. Baik wanita atau lelaki, tua atau muda, bekerja atau pelajar.

Jadi, apa yang kita perlu lakukan sebelum menjadi dropship yang berjaya? Anda tak nak ke dengan kukuhkan asas sahaja, anda terus boleh bawa pulang untung beribu-ribu ringgit? Jom baca!

Tips Pertama, Perbetulkan Mindset.

Kini, pada zaman era modenisasi ramai orang lebih suka terjun dalam bidang perniagaan kerana beranggapan dunia ini adalah lubuk emas semua lapisan masyarakat untuk jana pendapatan.

Maka, setiap bermulanya perkara baru terus tetapkan mindset yang betul. Mindset ini adalah akar dalam setiap perkara. Tanpa akar, bagaimana nak cambahkan dedaun? Sama juga dengan pemikiran kita.

Andai pemikiran kita mula dengan perkara negatif, sampai kesudah negatif. Bayangkan kita terus ada niat dan berfikiran positif, maka lagi mudah proses kerja kita itu. Jangan ada mindset karut sekiranya jadi dropship ini tidak boleh survive dan dapat keuntungan yang sikit.

Jika kita terikat dengan mindset menjual kerana inginkan kekayaan semata-mata, berhenti menjadi seorang peniaga. Fokus pada benda lain. Perniagaan ini bukan terikat dengan kekayaan sahaja. Ingat itu!

Tips Kedua, Jangan Berubah-Ubah Matlamat.

Bermula dari sekarang, sudah menjadi dropship atau tidak. Kita kena ambil tahu dengan jangka masa bisnes sendiri. Inginkan jangka masa panjang atau pendek? Sekiranya kita sendiri tiada hala tuju hendak berapa lama mahu tetapkan perjuangan bisnes, memang berani jamin kita akan buat sekejap-sekejap sahaja.

Kemudian, kita akan senang hati lompat dalam bidang lain. Betul tak? Contohnya, pagi ini anda nak shopping di Pavilion tapi sampai separuh jalan, anda patah balik pergi ke Alamanda sebab malas nak tersangkut sekali dengan kesesakan lalu lintas. Bila sampai ke situ datang hanya untuk makan sebab dah tiada mood kerana perancangan tadi batal.

Sama juga dengan sikap anda jika berubah-ubah matlamat. Tiada perancangan yang tetap dalam sesuatu perkara. Elakkan diri daripada hanya ikut ‘hype’ sahaja tapi tiada rasa ingin majukan bisnes.

Cukup duit jualan masuk dua/tiga ribu, dah rasa layak digelar usahawan. Jadi apa yang kita perlu buat untuk memantapkan perancangan strategi adalah dengan pasakkan matlamat tanpa rasa was-was supaya kita dapat rancang dengan lebih teratur dan tahu di mana kekurangan dan kelebihan yang perlu diperbaiki serta buat penambahbaikan.

Dapat sesuatu untuk point kedua ini?

Tips Ketiga, Rajin Refleksi Diri.

Perasan atau tidak, setiap perkara yang kita buat semuanya berdasarkan minat dan kelebihan diri yang kita ada.

Jika mahu mohon kerja sekalipun, kalau boleh ketika temu duga kita ‘pulun’ sehabisnya menjual diri, berkongsi kelebihan dan kemahiran supaya diterima di syarikat tersebut.

Kenapa penting kena ada minat untuk menjadi dropship? Bila kita nak tarik pelanggan untuk membeli, mestilah kita kena ada ilmu dalam produk tersebut serta ilmu untuk menarik pelanggan. Asalkan bukan ilmu bomoh ya.

Kalau tidak ada minat dan tidak mahu menuntut ilmu tersebut, memang terkandas lah idea kita untuk buat copywriting produk. Posting pun hanya gambar sahaja. Kalau rajin ‘sikit’, up posting hari-hari. Kalau dah tiada rasa minat? Selamat tinggal, pelanggan…

Ingat, tidak kisah lah menjual di media sosial atau hanya WhatsApp atau Telegram, bukan kita sahaja yang menjual. Kalau kita jual syampu, beribu lagi orang peniaga jual syampu.

Dalam dunia bisnes ini, memang ada untung dan rugi. Maka, takkan kita sengaja ingin merugikan diri? Sekarang, sama-sama kita refleksi diri. Gali balik apa yang kita minat dan kelebihan. Barulah senang nak buat duit. Setuju?