Skip to main content
Berita Terkini

BORNEO EDITION MENJADI ‘KEGILAAN’

By 26 Mei 2022No Comments

Sedar tak sedar, sudah masuk tahun baru untuk rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak. Dengar-dengar persiapan mereka telah dibuat sebulan lebih awal. Pasti banyak perkara dalam senarai mereka telah berjaya dilengkapkan.

Tapi, ada satu yang mereka tertinggal. Apakah perkara tersebut?

Di Faith Fleur, kami memiliki lebih 50,000 pengedar yang berada di sekitar Sabah dan Sarawak. Sebut saja nama Faith Fleur pasti mereka kenal. 

Untuk bersama-sama menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, kami berikan anda sebuah set penjagaan rambut yang sangat istimewa. Bagi kami, semoga perayaan anda lebih istimewa dengan kehadiran ‘hadiah’ kami nanti.

BORNEO EDITION FAITH FLEUR

Borneo Edition Faith Fleur, bukan lagi satu nama asing. Setiap tahun untuk meraikan para pengedar dan pelanggan setia kami di Sabah dan Sarawak, Faith Fleur akan sentiasa muncul dengan pelbagai idea bagi sama-sama meraikan hari penting ini.

Jika tahun lepas, kami keluarkan Hair Serum Box Special Edition Borneo, tahun ini kami memilih set BEST DUO sebagai peneman perayaan anda.

Namun, istimewa mengenai set ini adalah Best Duo ditemani dengan Stimulgum Brush atau lebih dikenali sebagai Shampoo Massage dalam kalangan pengedar kami. Siukk bah!

Dikenali sebagai BORNEO EDITION FAITH FLEUR, set ini lengkap untuk menjaga rambut anda sepanjang tempoh perayaan. Dengan syampu yang mampu untuk mengurangkan masalah rambut gugur, ditemani pula dengan massage yang boleh mengurangkan tekanan di sekitar kepala, pastinya ini set yang anda perlukan ketika ini.

Tak dilupakan dengan kehadiran perapi atau conditioner rambut dalam set sama mampu untuk menjaga kelembutan setiap helaian rambut anda. Nak bersiap cantik-cantik di hari perayaan tapi kalau rambutnya nampak kusut pun susah juga ya.

Perkara yang melengkapkan Borneo Edition ini adalah kotaknya yang sangat meriah dengan ciri-ciri klasik pada setiap bucu sehinggakan kami terasa dekat dengan budaya unik di sana. Nampak sesuai juga dibuatkan sebagai buah tangan untuk keluarga tercinta.

Yang penting, Borneo Edition pasti tidak lengkap tanpa anda yang menggunakannya. Kami yakin dan pasti anda juga inginkan rambut lebat dan cantik.

Ingin mendapatkan lebih banyak tips penjagaan rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover