Untuk mendapatkan rambut yang lebat dan cantik, perkara utama yang korang perlu pastikan semestinya untuk mempunyai kulit kepala yang sihat. Kalau kulit kepala korang pon dah jadi kering, berkelemumur, dan tak terjaga. Macam mana rambut korang nak tumbuh dengan elok. Oleh itu pastikan yang korang sendiri berikan perhatian dan juga menjaga kulit kepala korang supaya sentiasa sihat. Korang tau tak caranya?
Sebenarnya, banyak je cara yang korang boleh amalkan untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat tau. Ada cara tradisional dan juga ada cara yang memerlukan korang untuk memakai produk penjagaan rambut yang tertentu secara konsisten. Macam mana cara sekalipun yang korang nak guna, bila korang dapat menjaga kulit kepala dengan elok, sudah tentu pertumbuhan rambut korang pon akan menjadi lebih sihat tau.
Untuk siapa yang tak tahu, mengekalkan keadaan kulit kepala yang seimbang dan bersih adalah penting untuk mendapat rambut yang sihat, jadi mengutamakan kesihatan kulit kepala korang mungkin merupakan bahagian terakhir teka-teki apabila ia datang untuk mencapai rambut impian korang semua. Sebelum korang tahu cara nak menjaganya, lebih baik untuk korang tahu apa punca yang menyebabkan kulit kepala yang tidak sihat. Hal ini kerana, korang akan dapat bertindak dengan cepat untuk menyelamatkan kulit kepala apabila korang tahu punca yang menyebabkan kulit kepala korang tak sihat. Jom kita tahu puncanya.
Punca Kulit Kepala Tidak Sihat
1) Menggunakan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai dengan kulit kepala dan juga rambut. Tindakan sebegini boleh menyebabkan sisa-sisa produk penjagaan rambut yang tidak sesuai tersebut untuk berkumpul di kulit kepala dan lama-kelamaan merosakkan kulit kepala korang sendiri. Itulah sebabnya penting untuk korang tahu produk penjagaan rambut yang sesuai untuk korang dan juga yang dapat membantu merawat masalah rambut dan kulit kepala korang.
2) Minyak berlebihan yang terdapat pada kutikel rambut korang. Jika dibiarkan, kesemua pori dan juga folikel rambut korang boleh tersumbat. Kejadian tersebut boleh menyebabkan kulit kepala untuk mengalami iritasi, dan kemudiannya akan menghalang pertumbuhan rambut yang sihat. Akhirnya, ia juga akan menyebabkan infeksi bakteria dan fungus pada kulit kepala korang.
Cara Mendapatkan Kulit Kepala Sihat
1) Membersihkan kulit kepala sebersih-bersihnya
Cara paling mudah untuk memastikan kulit kepala korang sentiasa sihat, korang perlu memberikan perhatian yang lebih terhadap rutin mandi korang. Ia sebenarnya sangatlah penting untuk korang memastikan yang korang membersihkan kulit kepala korang sebersih-bersihnya sebelum keluar dari bilik air tau. Kalau tak, rambut dan juga kulit kepala korang akan cepat rosak dan kering bila terdapat banyak sangat sisa-sisa produk penjagaan rambut yang terdapat pada rambut dan kulit kepala korang.
2) Kurangkan stress
Selalunya badan korang boleh rasa bila korang dah mula stress tau. Ini kerana tekanan dapat mempengaruhi tahap hormon korang dengan cepat, dan ini boleh menyebabkan kelemumur, rambut berminyak, dan juga jerawat pada kulit kepala. Untuk merawatnya, muat turun aplikasi meditasi atau pertimbangkan beberapa yoga di bawah sinar matahari untuk mengurangkan tahap tekanan korang dan meningkatkan kesihatan kulit kepala kornag sendiri.
3) Memakai Hair Tonic daripada Faith Fleur
Hair Tonic merupakan produk penjagaan rambut yang paling berkesan untuk memastikan kulit kepala korang sihat. Antara kebaikannya adalah, menggalakkan pertumbuhan rambut, menguatkan akar rambut, dan juga meningkatkan kualiti rambut dan kulit kepala korang.