Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Enam kesalahan yang sering anda buat tanpa sedar sehingga hujung rambut bercabang

By 16 Ogos 2022No Comments

Anda stress? Tidak cukup tidur? Kurang minum air? Ini kerana bila anda berhadapan dengan keadaan begitu, ia akan memungkinkan anda berhadapan dengan masalah kesihatan rambut.  Cuba anda teliti pada setiap helaian hujung rambut, adakah ia kelihatan bercabang? Jika bercabang, anda perlu tahu kenapa ia berlaku.

Adakah ianya berpunca daripada diri sendiri yang tidak menjaga rambut dengan sebaiknya atau faktor sekeliling yang membuatkan rambut anda rosak? Rambut merupakan mahkota setiap wanita yang perlu dijaga dengan rapi agar orang sekeliling nampak rambut anda sihat dan cantik.

Bila rambut dah bercabang pasti anda buntu untuk mencari salon untuk merawat masalah ini.  Ada sesetengah wanita sanggup berhabis duit untuk merawat masalah rambut bercabang. Tapi, daripada anda menghabiskan duit, anda juga perlu tahu punca sebenar rambut bercabang. 

Bila anda dah tahu puncanya, sedikit sebanyak anda boleh menjaga kesihatan rambut dengan lebih teliti. 

Di sini, dikongsikan 6 kesalahan diri yang menjadi punca rambut bercabang berlaku.

 

1. Tidak menggunakan perapi rambut

Setiap kali anda mencuci rambut, anda guna tak perapi rambut? Mungkin ada dalam kalangan anda fikirkan bahawa menggunakan syampu sahaja sudah memadai dan tak perlu guna perapi.

Ini lazimnya berlaku pada sesetengah orang yang MALAS!! 

Sebenarnya penggunaan perapi rambut sangat penting untuk menutup ‘cuticles’ rambut yang mungkin terbuka apabila mencuci rambut. 

‘Cuticles’ rambut yang terlindung akan kurang mengalami kerosakan akibat terdedah kepada air, mengurangkan kerapuhan rambut sekaligus tidak bercabang.

 

2. Tidak ‘trimmed’ rambut secara berkala

Menggunting hujung rambut secara berkala sebenarnya boleh membantu mengurangkan risiko hujung rambut bercabang.

Jika tidak ‘trimmed’ kebarangkalian untuk mendapat rambut bercabang sangat besar. Ia sekaligus akan menampakkan rambut anda TIDAK SIHAT!!

Anda perlu trimmed rambut setiap 6 minggu untuk membuang hujung rambut yang rosak.

Jika anda ingin lebih banyak penjimatan anda boleh menggunakan minyak semulajadi atau serum rambut pada hujung-hujung rambut.

Cara ini selamat dan lebih bertahan lama untuk mengatasi masalah rambut bercabang.

 

3. Menggunakan alat pendandan rambut dengan kerap

Penggunaan hair dryer atau iron rambut dengan kerap boleh menyebabkan rambut anda mudah rapuh dan bercabang akibat daripada haba panas daripada alatan tersebut. 

Bukan kata tidak boleh menggunakan alat pendandan rambut. BOLEH sebenarnya. Tapi anda perlu mengurangkan tahap kepanasan paling rendah pada alatan ini.

Diingatkan sebelum menggunakannya anda perlu menggunakan semburan pelindung haba pada rambut terlebih dahulu.

Awas! Jangan gunakan alat ini ketika rambut anda masih basah! 

Atau tambahkan Hair Mist Faith Fleur sebelum menggunakan alat berhaba tinggi. Lapisan Hair Mist boleh melindungi lapisan luar rambut dan menghalang kerosakan yang teruk.

 

4. Kurang minum air putih

Sangat penting untuk anda minum lebih banyak air putih untuk kesihatan mahupun diet seimbang. Selain itu, badan anda akan memperolehi semua nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan rambut yang kuat dan bersinar!

 

5. Menggunakan banyak bahan kimia pada rambut

Kurangkan meluruskan (rebonding), kerinting (perm), mewarnakan ataupun bleaching pada rambut anda kerana dikhuatiri rambut anda bakal menerima kesan bahan kimia yang tinggi sehingga merosakkan rambut.

Penerimaan bahan kimia pada rambut merupakan punca utama rambut mudah bercabang ataupun rapuh. 

Sebaiknya, kekalkanlah originality  rambut anda dan lakukan rutin penjagaan rambut yang betul.

 

6. Rambut terdedah dengan cuaca panas

Terlalu terdedah dengan sinaran matahari juga, antara punca boleh menyebabkan rambut bercabang.

Ini kerana, jika anda seorang yang aktif, suka melakukan aktiviti di luar, rambut yang terdedah pada sinaran matahari lebih berisiko tinggi untuk rosak dan bercabang. 

Cahaya matahari yang panas akan menyebabkan kulit kepala dan rambut anda menjadi lebih kering. 

Jalan penyelesaian yang boleh diambil, anda boleh menggunakan topi untuk melindungi kepala dan rambut anda.

 

Selepas anda membaca ini, bolehlah lepas ini elakkan daripada melakukan 6 kesilapan yang boleh merosakkan rambut anda.

Jangan ambil ringan, amalkanlah penjagaan rambut dengan lebih teliti. Semoga bermanfaat!

 

Ingin lebih banyak informasi mengenai penjagaan rambut/ Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover