Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Kenapa malas jaga rambut?

By 20 September 2022No Comments

“Kenapa ada kelemumur ni” 

“Kenapa kulit kepala berminyak” 

“Kenapa rambut aku gugur”

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia berisiko mengalami masalah rambut terutama rambut gugur dan berkelemumur. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah keturunan, pemakanan, usia dan juga salah menggunakan produk.

Apabila masalah itu berlaku ia bukan sahaja memberi kesan kepada penampilan diri tetapi mood seharian. Mana tidaknya kalau kelemumur penuh di atas baju ia pasti mendatangkan rasa malu dan kurang keyakinan. Lagi malu, apabila orang sekeliling tegur.  Namun apa yang berlaku, kesihatan dan kebersihan rambut seolah-olah diabaikan.

Ini semua boleh berlaku jika anda malas menjaga rambut. Kenapa perkara itu berlaku pada diri? Persoalan itu harus dijawab oleh anda sendiri.

Sebab dan punca 

“Arghh, banyaknya barang kena pakai”

“Tak pandai pilih barang”,  “Mahal betul produk ini, takyah belilah”

Itu antara kata-kata yang sering keluar daripada mulut apabila dikaitkan dengan penjagaan rambut. Sebab itulah kenapa ada juga dalam kalangan kita sendiri bertindak mengambil jalan yang mudah untuk tidak menjaga rambut. Selain itu, penggunaan syampu tidak sesuai dengan kulit kepala boleh menjadi sebab masalah tersebut berlaku tanpa berkesudahan.

Sama ada rambut anda panjang, pendek, lurus atau kerinting, rutin penjagaan rambut ini sama untuk semua individu. Bukan wanita sahaja perlu menjaga hal ehwal rambut, lelaki pun sama juga. Jangan sampai rambut dah rosak baru cemas nak uruskan balik. Kikiskan rasa malas pada diri dalam menjaga rambut dan anda perlu bertindak daripada sekarang!!.

Cari ilmu mengenai rambut 

Rambut merupakan mahkota yang sangat berharga bagi setiap orang tak kira jantina.  Memiliki rambut yang cantik, lebat dan sihat adalah impian ramai.  Namun, tiada jalan yang singkat untuk mendapatkan rambut yang sihat jika tidak tahu cara penjagaan yang betul. Kesihatan dan genetik merupakan faktor yang memainkan peranan dalam hal menjaga rambut. 

Jika anda rajin menjaga, rambut anda akan sihat, gaya rambut yang ditampilkan akan bertahan lebih lama dan kelihatan lebih baik. Jika anda terus malas jaga rambut, jangan salahkan orang sekeliling, salahkan diri sendiri ya!!

Guna produk yang sesuai

Sebelum membeli dan menggunakan produk syampu, anda perlulah pastikan produk berkenaan sesuai dengan kulit rambut. Sebagai jalan selamat, pilihlah produk syampu yang mengandungi bahan-bahan semulajadi serta memberi kadar pH yang seimbang. Sebelum membeli sesuatu produk, anda disarankan supaya membaca dahulu informasi di belakang botol sebelum membeli. Belaian, perapian dan penjagaan harus diberikan setiap hari sama ada dilakukan sendiri di rumah atau mengunjungi pusat penjagaan rambut terpilih.

Amalkan gaya hidup sihat

Selain menumpukan perhatian pada penjagaan rambut semata-mata, anda juga perlu mengambil perhatian terhadap gaya hidup. Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dalam diet seharian supaya rambut anda mendapat nutrisi rambut yang mencukupi.

Ingin lebih banyak perkongsian mengenai rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover