Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

4 CARA MERAWAT RAMBUT BERMINYAK

By 31 Julai 2018September 7th, 2020No Comments
Rambut berminyak memang merimaskan, lebih-lebih lagi bila anda tahu rambut anda bersih! Rambut berminyak mudah untuk kelihatan kotor dan melekit. Masalah ini lebih teruk jika rambut anda jenis nipis.
Rambut berminyak ini terhasil daripada pengeluaran “sebum” yang berlebihan oleh kelenjar sebum di kulit kepala anda. Sebum ialah minyak semulajadi yang terdapat pada rambut. Sebum adalah minyak penting untuk rambut anda namun jika dihasilkan secara berlebihan, kulit kepala boleh kelihatan berminyak malah boleh menyebabkan kegatalan dan kelemumur. Rambut berminyak yang kronik boleh menyebabkan penipisan rambut dan mengganggu kesihatan rambut.
Jadi, bagaimana caranya untuk merawat rambut berminyak? Disini kita akan fokus kepada rawatan semulajadi menggunakan bahan disekeliling anda sahaja.

Kelenjar Sebum

APA ITU KELENJAR SEBUM?
Sebelum kita menuju ke rawatan kulit kepala berminyak, anda perlu berkenalan terlebih dahulu dengan kelenjar sebum. Seperti muka, kulit kepala juga mengandungi lubang pori. Ia menghasilkan minyak semulajadi untuk memastikan rambut anda sentiasa terhidrat dan seimbang nutrisi. Jika rambut anda kelihatan sihat bersinar, ianya adalah hasil dari kelenjar sebum yang sihat. Tetapi jika terlalu banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum, sebab inilah rambut anda kelihatan berminyak!
Kelenjar sebum ini adalah satu entiti penting untuk rambut anda sejak bayi lagi. Ia adalah normal jika kulit kepala bayi kelihatan berminyak kerana kelenjar sebum sedang aktif untuk pertumbuhan rambut baru. Dan ini berterusan sehingga usia 9-17 tahun. Kelenjar ini tidak banyak bertambah dalam perubahan usia kita tetapi saiznya cenderung untuk membesar. Dan ianya sangat berkait rapat dengan hormon badan.
  • AMALKAN PERMAKANAN SIHAT
Kajian menunjukkan diet permakanan kita boleh memberi kesan kepada penghasilan sebum oleh kelenjar sebum di kepala. Pengambilan lemak dan karbohidrat boleh meningkatkan pengeluaran sebum sementara pengurangan ambilan kalori boleh mengurangkan penghasilan sebum. Dan sebum ini juga berkait rapat dengan jerawat!
Tetapi, ada juga lemak yang elok untuk rambut. Lemak dari minyak kelapa dan minyak sapi (ghee) terbukti boleh mengimbangkan pengeluaran sebum supaya tidak berlebihan. Selain itu, antara lemak yang bagus untuk rambut adalah dari lemak ikan, atau Omega 3 dan Omega 6. Ambil ikan dan makanan laut secara berkala untuk mengimbangi penghasilan sebum.

Omega 3 Didalam Ikan Salmon

  • BERSHAMPOO LEBIH KERAP
Selalunya, kita dinasihatkan untuk tidak bershampoo dengan kerap untuk rambut sihat. Tetapi jika anda menghadapi masalah kulit kepala berminyak, anda perlu untuk bershampoo dengan lebih kerap. Ini kerana bila anda bershampoo, minyak dan kotoran dapat dibersihkan. Bershampoo 2 hari sekali mungkin boleh merawat masalah kulit kepala berminyak.
Dan pilih shampoo yang dikhaskan untuk rambut berminyak, ok?
  • CUKA EPAL
Antara faktor lain yang menyebabkan kulit kepala berminyak ialah “malassezia”. Malassezia adalah bakteria semulajadi yang terdapat pada rambut anda. Namun jika dibiarkan berlebihan, kulit kepala anda akan jadi berminyak dan kelemumur. Untuk mengatasi masalah ini, cuka epal ialah jawapannya. Cuka epal mampu membunuh bakteria tetapi perlu dilakukan dalam jumlah yang sedikit. Hal ini kerana cuka epal mampu mengikis kulit kepala anda.
Untuk menurunkan kadar asid yang terkandung dalam cuka epal, campurkan 2 sudu cuka epal didalam segelas air dan kemudian lumurkan pada rambut anda. Atau, anda boleh menggunakan spray untuk liputan yang lebih luas. Bilas selepas 3 minit menggunakan air bersih.

Asingkan Kuning Telur dari Telur

  • KUNING TELUR
Anda mungkin pernah terbaca mengenai kemujaraban telur sebagai masker muka untuk merawat jerawat, tetapi sebenarnya telur juga mampu merawat beberapa masalah rambut. Kuning telur mempunyai kadar sulfur yang tinggi untuk mengurangkan masalah kelemumur. Kandungan protein dan lecithin juga boleh memberikan perlindungan extra untuk rambut anda.
Caranya mudah sahaja, pukul kuning telur bersama madu dan minyak zaitun dan sapu pada rambut. Pastikan rambut anda kering. Lumurkan bahan-bahan tadi diatas rambut selama 5-20 minit. Biarkan kering seperti masker. Selepas itu, bilas dan cuci dengan air bersih. Ulang beberapa kali sehingga berkesan.
RUMUSAN
Jika anda telah mencuba cara dan langkah diatas tetapi masih belum menunjukkan kesan positif, anda mungkin perlu mendapatkan rawatan doktor atau dermatologist. Hal ini berkemungkinan kerana kelenjar sebum setiap manusia berbeza dan cara penjagaannya juga berbeza. Mula dengan sukatan kecil dahulu dan jika anda mengalami keradangan pada kulit kepala, hentikan serta merta, ok?

Leave a Reply