Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

5 TIPS MUDAH MERAWAT KULIT KEPALA KERING

By 9 Oktober 2018September 7th, 2020No Comments
Kulit kepala yang tidak sihat akan terasa kering, gatal dan ada kalanya, terlalu berminyak. Dan tidak ramai yang tahu, kulit kepala yang tidak sihat akan mendorong kepada beberapa masalah rambut seperti kadar pertumbuhan rambut yang perlahan dan keguguran rambut. Ini kerana liang pada rambut anda tersumbat dan kotor untuk rambut tumbuh dengan baik.
Tetapi, sebelum itu anda perlu tahu perbezaan kelemumur dan kulit kepala kering. Ramai yang beranggapan, dua masalah ini adalah sama atau sekurang-kurangnya, berkaitan antara satu sama lain. Sebenarnya, tidak.
Image result for dry scalp

Masalah kulit kepala yang kering

KULIT KEPALA KERING
Masalah kulit kepala yang kering terjadi apabila kulit kepala tidak menghasilkan minyak yang secukupnya. Seperti masalah kulit yang lain, anda akan menghadapi kegatalan, kemerahan dan keradangan kulit kepala. Dan masalah ini boleh dilihat dengan mata kasar.
Golongan yang mempunyai masalah kulit kering biasanya akan mengalami masalah kulit kepala kering juga. Tapi bukan itu sahaja faktornya, ada lagi faktor lain seperti
  • Cuaca yang sejuk dan kering, tiada kelembapan
  • Mencuci dengan shampoo terlalu kerap
  • Penyakit kulit kepala seperti eczema
Image result for eczema on scalp

Penyakit Eczema

KELEMUMUR
Seperti kulit lain ditubuh badan kita, kulit kepala juga menghasilkan sel kulit baru menggantikan yang lama. Jadi, sebenarnya kelemumur adalah sel kulit lama yang gugur. Semakin cepat kulit kepala menghasilkan sel baru, semakin banyaklah kelemumur yang terhasil.
Antara faktor lain yang mendorong kepada penghasilan kelemumur:
  • Jangkitan kuman dan bakteria
  • Minyak semulajadi pada kulit kepala
  • Sensitif atau alahan kepada sesetengah produk rambut
Ketiga-tiga faktor ini jika berlaku pada waktu yang sama, masalah kelemumur boleh menjadi lebih kronik. Bakteria atau kulat yang terdapat di kulit kepala dikenali sebagai malassezia. Semua orang ada bakteria ini. Tetapi, ada orang tidak tahan dan sensitif kepada kehadiran kuman ini, lalu mengakibatkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur.
Related image

Malassezia

JADI, MACAM MANA NAK RAWAT MASALAH KELEMUMUR INI?
  1. CUCI RAMBUT DENGAN BERKALA
    Ingat, kata kuncinya ialah secara berkala. Dicadangkan 2-3 kali sahaja seminggu, jangan hari-hari. Rutin yang nampak ringkas ini adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit kepala di tahap optimum, tidak terlalu berminyak dan tidak pula terlalu kering. Cucian setiap hari akan mengurangkan penghasilan minyak semulajadi. Tanpa minyak ini, anda akan mengalami kegatalan kulit kepala.
  2. PROSES CUCI KULIT KEPALA (EXFOLIATE)
    Exfoliate adalah proses yang penting untuk merawat kulit kepala bermasalah. Ianya adalah proses “menggaru” kulit kepala menggunakan alatan khas yang akan menyingkirkan sel kulit mati dan bakteria. Proses ini mampu membersihkan folikel rambut dari tersumbat dengan minyak dan kotoran. Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan ini di salon untuk memastikan setiap inci rambut anda dirawat. Jika dilakukan sendirian, dikhuatiri ada bahagian rambut yang tidak terkena.
    Image result for exfoliate scalp

    Proses exfoliation

  3. URUTAN
    Sekali sekala, dapatkan urutan kulit kepala semasa anda di salon, kerana ianya dapat membantu melancarkan aliran darah di kepala. Aliran darah yang baik mampu mempercepatkan pertumbuhan anak rambut yang sihat dan kuat. Dan semestinya, urutan itu sedap! Pastikan anda menggunakan tapak jari untuk permukaan yang lebih lembut. Urut kulit kepala anda selama 3-4 minit sehari.
  4. DAPATKAN PRODUK YANG BERKUALITI
    Ini nampak mudah dan remeh kan? Tetapi sebenarnya, inilah yang paling penting. Jika tidak, masakan ada berpuluh ribu jenama produk rambut di pasaran sekarang. Selepas ini, apa pun produk yang anda pilih, elakkan produk yang mempunyai sulphate atau SLS didalam kandungannya.

    Sebaiknya, gunakan produk organik yang diperbuat dari bahan-bahan semulajadi. Produk jenis ini biasanya sedikit mahal dari produk biasa di pasaran. Tetapi, hasilnya pasti baik. Seperti shampoo Faith Fleur, walaupun tidak organik, tapi semestinya bebas SLS dan Paraben!

Leave a Reply