Hair Mist kini telah menjadi salah satu produk penjagaan rambut yang digemari ramai. Penggunaan produk penjagaan rambut tersebut menjadi semakin terkenal kerana Hair Mist berikan pelbagai kesan yang positif dan memberangsangkan untuk merawat beberapa masalah rambut yang kebanyakan individu alami di atas muka bumi ini. So, korang boleh dah start amalkan pemakaian Hair Mist dalam rutin penjagaan rambut korang tau. Salah satu kesan yang korang akan dapat apabila memakai Hair Mist ni adalah rambut korang akan sentiasa berbau wangi.
Ada banyak lagi ya manfaat yang korang akan dapat dengan penggunaan Hair Mist. Cakap punya cakap pasal Hair Mist ni, korang kadang-kadang mesti tak tau kan brand yang mana satu berbaloi untuk korang cuba Hair Mistnya. Yelah, kalau salah beli karang buat membazur duit je sebab tak dapat manfaat Hair Mist yang diinginkan tu. Jangan risau, kalau korang nak tahu mana satu trusted dan recommended punya brand yang menjual Hair Mist, korang baca artikel ni sampai habis. Yang paling penting sekali, semua brand-brand ni memang sangat terkenal.
Recommended Hair Mist Di Malaysia
1) Hair Mist Faith Fleur
Hair Mist daripada Faith Fleur ni merupakan salah satu produk penjagaan rambut yang menjadi kegemaran ramai pelanggan-pelanggan Faith Fleur. Hair Mist ini bukan sahaja mampu menyegarkan dan membuat rambut korang wangi, tetapi juga memberi rambut korang perlindungan daripada sinaran UV yang boleh merosakkan rambut tersebut. Antara kebaikan yang lain adalah rambut korang yang sebelum ini rosak dan kusut akan menjadi lebih lembut dan terurus, rambut akan diberi kelembapan dan tampak segar seolah-olah baru pulang dari salon. Selain itu, rambut korang akan lebih terlindung dari sinaran terik matahari dan kepanasan hair straightener. Akhir sekali, rambut korang akan terhindar dari bau kepam dan juga bakteria.
2) Safi Shayla Hair Mist
Safi Shayla Hair Mist ini memberikan perlindungan tambahan terhadap rambut korang, selain daripada melebatkan. Ia juga membawa kesegaran dan kilauan terhadap rambut korang. Haruman yang kekal harum sehingga 72 jam dan tahan lama apabila korang sembur pada rambut atau pada tudung korang. Dengan sekali semburan, ia cepat kering dan bebas dari kesan.
3) LUCIDO L Hair Spray
Produk penjagaan rambut ini juga membantu untuk mengekalkan kelembutan rambut korang dan membuatkan rambut korang mudah dibentuk. Walaupun korang berada di tempat yang sering kali panas dan lembap, style rambut korang tetap boleh kelihatan seperti baru kerana hair spray ini membantu untuk melindungi rambut korang. Tambahan lagi, produk penjagaan rambut ini mengandungi Panthenol yang mengekalkan kesihatan dan kilauan rambut korang.
4) Coco Mademoiselle Hair Perfume
Wangian yang segar dan dikenali ramai ini telah dirumus semula khas untuk rambut korang. Ia membolehkan korang untuk menyegarkan dan mewangikan rambut korang tanpa perlu membebankan rambut korang atau mengeringkannya. Lebih menarik lagi, packaging merah jambu Hair Perfume yang cantik ini sudah semestinya muat dengan sempurna dalam dompet korang supaya korang boleh bawa ia ke mana-mana dan juga dapat memastikan diri korang terutama bahagian rambut untuk berbau segar sepanjang hari.
5) J’adore Hair Mist
Wangian rambut yang acap kali orang ingat sebagai jenama mewah ini dihasilkan dengan haruman beberapa bunga yang terbaik di dunia. Sebagai contoh, Jasmine Grandiflorum dari Grasse, Indian Jasmine Sambac, Madagascan Ylang-Ylang dan juga Turkish Damascus Rose. Reka bentuk yang cantik membuatkan korang sudah pasti ingin mempamerkannya ia di rumah pada mana-mana meja solek. Korang boleh gunakannya pada rambut korang untuk menambah kilauan dan sebagai pelengkap kepada wangian asal kerana baunya yang sama.