Terdapat pelbagai pilihan warna rambut untuk dipilih kalau korang ada idea nak mewarnakan rambut pada masa kini. Setiap tahun, mesti ada lah beberapa warna yang akan menyerlah daripada warna yang lain tau. Lepas tu, ramai yang akan mula menggayakan rambut masing-masing dengan warna-warna tersebut sebab nak mengikut trend masa kini kan. Tapi, korang jangan pulak main ikut trend je sampai warna yang korang pilih tu tak sesuai dengan warna kulit korang sendiri. Haaa, kalau macam tu memang lah korang hanya merugikan duit korang sendiri je sebab nanti mesti korang akan tukar balik dengan warna yang lain.
Memilih warna rambut yang terbaik untuk warna kulit korang mungkin kelihatan sukar, tetapi ia sebenarnya tidak sesukar yang korang fikirkan. Mana-mana warna kulit pon sebenarnya boleh je nak menggayakan apa-apa warna untuk rambut korang tu. Jika korang mempelajari beberapa petua utama tentang warna rambut, korang akan dapat menyesuaikan apa sahaja warna yang korang bayangkan untuk kelihatan terbaik pada rambut korang tau. Jadi, kalau korang nak sentiasa keep up dengan trend zaman sekarang. Artikel ini dapat membantu korang untuk tahu pilihan warna rambut yang sedang terkenal pada tahun 2023 ini ya.
Pilihan Warna Rambut Yang Famous Pada Tahun 2023
1) Barbie Blonde
Berambut perang yang diinspirasikan oleh Barbie sudah pasti akan menjadi trend warna rambut yang besar untuk tahun 2023 ni. Terdapat pelbagai kelainan warna perang atau dikenali sebagai warna ‘blonde’ yang korang boleh pilih untuk mengikut sesuaian warna kulit korang tau. Sebaiknya, berambut warna perang keemasan yang ke arah lebih hangat akan sesuai untuk betul-betul mengikut trend Barbie Blonde ini.
2) Rambut Gemini
Korang akan melihat lebih ramai orang yang mencampurkan warna rambut semula jadi mereka dengan warna terang. Rambut Gemini adalah gaya antara dua tona warna yang menyeronokkan. Diinspirasikan oleh nama astrologinya, pilihan warna ini akan membuatkan korang menonjol daripada orang ramai dan membolehkan korang menjadi diri korang sendiri. Untuk yang memiliki rambut gelap, korang disyorkan untuk memilih warna merah jambu, ungu, hijau dan biru. Bagi korang yang berambut cerah, korang dicadangkan untuk mengambil wana biru, hijau, merah, kuning dan hitam. Sedikit pesanan untuk korang semua. Untuk mengekalkan warna rambut korang, cuba basuh rambut korang dengan lebih kerap, gunakan pelindung haba semasa menggayakan, dan gunakan hair mask untuk melembapkan dan menyuburkan rambut.
3) Grey Semulajadi
Pilihan warna rambut grey semulajadi ini memberikan vibe modern tetapi masih mengekalkan penampilan yang semulajadi untuk korang yang menggayakannya. Namun begitu, korang yang memilih warna ini untuk dijadikan sebagai warna rambut korang perlu ingat satu perkara yang paling penting sekali. Korang perlu memberikan penjagaan yang teliti tau. Kalau tidak, rambut korang akan nampak seperti rambut yang tidak terjaga. Apabila bercakap tentang produk penjagaan rambut berwarna ni, korang perlu ingat satu produk penjagaan rambut sahaja iaitu True Color Shampoo dan juga Conditioner daripada Faith Fleur.
Produk Penjagaan Rambut Berwarna
Untuk korang yang mewarnakan rambut tu, this is the best product for you to try tau. True Color Shampoo dan juga True Color Conditioner daripada Faith Fleur. Rambut berwarna akan tetap dapat mengekalkan warnanya dan juga rambut tidak akan cepat menjadi kering apabila menggunakan produk penjagaan rambut ni. True Color Shampoo ni menjadikan rambut korang lebih licin dengan Minyak Camellia selain kaya dengan antioksidan dan juga Vitamin E. Selain itu, True Color Conditioner mengandungi Minyak Cranberry yang terkenal sebagai agen anti-kelemumur dan juga, berperanan untuk melindungi folikel rambut.