Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

RAHSIA PERSONALITI DI SEBALIK RAMBUT ANDA

By 26 Julai 2022No Comments

Rambut adalah lambang keperibadian seorang wanita. Rambut akan cantik serta menyerlah, bila dibelai dan mendapat rawatan dan penjagaan yang baik untuk kekal sihat dan bergaya.

Ini kerana rambut adalah “mahkota” yang berperanan dalam memperindah penampilan lelaki maupun wanita.

Tetapi tahukah anda setiap orang mempunyai rahsia personaliti di sebalik rambutnya? Rambut lurus dikatakan seorang yang bijak, manakala yang kerinting halus agak egois.

Ha..betul ke? Nak tahu apa rahsianya?

RAMBUT LURUS

Orang yang memiliki rambut yang lurus biasanya seorang yang sangat bijak dan happy go lucky, ceria!! Biasanya orang yang memilik rambut lurus ini kelihatan menarik di mata orang lain.

Bijak dalam bergaya dan semua perkara boleh dilakukannya sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain.

Namun dalam diam, anda seorang yang kuat cemburu dan suka bersaing.

RAMBUT KERINGTING (TEBAL)

Orang yang memiliki rambut jenis ini adalah seorang yang keras kepala dan degil. Adakah anda begitu orangnya?

Anda juga jenis tidak mudah mengalah dan suka mengalah. Walaupun begitu anda sangat peramah dan mudah didekati membuatkan anda mempunyai ramai kenalan yang selesa berkawan dengan anda.

Shhh…anda juga seorang yang romantik tau. Bak kata orang dalam hati ada taman. Cuba tanya diri anda, betul ke tak si tuan pemilik rambut keriting (tebal).

RAMBUT KERINTING (HALUS)

Untuk pemilik rambut kerinting (halus) ini, ada juga sedikit persamaan personaliti. Jika personaliti rambu kerinting (lebat) seorang yang keras kepala, si pemilik kerinting halus ini pula seorang yang ego serta jenis memilih. 

Seorang yang cerewet juga dalam memilih sesuatu, bukan apa anda mahukan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Siapa yang menjadi teman hidup kepada pemilik si rambut kerinting (halus) mesti perlu banyak-banyak bersabar nampaknya.

Dalam perhubungan pula, anda seorang yang romantik tetapi ada kalanya anda bersifat cemburu buta pula. Kena berjaga-jaga!

RAMBUT IKAL MAYANG 

Si pemilik rambut ikal mayang ini, sangat-sangat lovely dan comel gitu.

Siapa yang memandangnya, pun akan terasa tertarik dengan penampilan rambutnya yang menjadi daya penarik tersendiri.

Anda seorang yang bijak dalam mengatur langkah bahkan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu sebelum melakukannya. Anda juga bersikap terbuka dan suka bergaul dengan sesiapa pun.

Mudah memaafkan kepada sesiapa yang menjadi punca kepada perbalahan tanpa mengikut kepada emosi.

RAMBUT BERUBAN

Kurang bijak dalam mengatur sesuatu, suka berangan atau termenung dan suka bersikap negatif. Anda jarang bercampur dengan orang tetapi bijak menyelesaikan masalah sendiri.

Anda seorang yang sangat terbuka dan boleh menerima pandangan orang lain.

RAMBUT KUSUT 

Orang yang berambut kusut selalu dikatakan agak clumsy, sebenarnya mereka merupakan golongan orang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian!

Tapi anda tidak begitu kan. 

Bagaimanapun, anda seorang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian orang sekeliling.

Dalam keserabutan, anda seorang yang bijak dan pandai. Anda mempunyai kenalan yang ramai dan tidak siapa boleh mengagak siapa sebenarnya anda , samada seorang yang bengis atau garang.

Paling menarik, anda bukan seorang pemarah yang tak tentu hala. Anda marah pun mungkin ada sebabnya, namun dalam kebaikan yang ada, anda sebenarnya sukar memaafkan orang yang telah menghancurkan hati anda.

Pendek kata, pendendam uolss.

RAMBUT HALUS/ LEMBUT 

Anda seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Malah anda juga cekap dan cepat dalam melakukan sesuatu yang diminta.

Pendek kata, anda seorang yang boleh diharap. Jika perlukan pertolongan, mintalah tolong dengan si rambut halus ni, mesti si dia akan tolong.

Namun begitu, dari sisi negatifnya, anda seorang yang cerewet seperti si pemilik rambut keringting (halus). Walaupun seorang yang agak tegas dalam mengambil apa-apa keputusan tetapi orang sekeliling amat menyenangi anda. 

Seorang yang comel dan manja juga.

 

Nota: Walaupun berbeza personaliti dan juga karakter mengikut kepada jenis rambut yang dimiliki oleh anda, perkara yang paling penting diutamakan adalah dari segi penjagaan rambut itu sendiri.

Tidak kiralah anda pemilik rambut lurus, keringting, ikal mayang sekalipun, pastinya rambut perlu dirapi dan dipelihara dengan baik. Semuanya untuk  penampilan diri anda juga. 

Ingin lebih banyak informasi mengenai penjagaan rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover