Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

Rambut nipis resahkan wanita

By 26 September 2022No Comments

‘ALAMAK!! Rambut makin nipis ni, macam mana ni, teruklah hidup aku macam ni.’

Itu antara kebimbangan dan kerisauan wanita selepas menyedari rambut semakin nipis. Bila rambut nipis dari hari ke hari, ia akan menyukarkan seseorang wanita itu untuk menggayakan rambut.  Cuba gaya ini tak kena, gaya itu tak kena. Ada yang hilang keyakinan diri dan tidak kurang juga rasa tertekan dan memikirkan bagaimana ingin lalui hari-hari mendatang.

Masalah sebenarnya sudah cukup sinonim dalam kehidupan wanita, sampaikan dah tak tahu nak buat apa lagi bagi mengekang masalah ini dari terus berlaku. Jika wanita berhijab boleh menyembunyikan akan masalah yang berlaku, namun bagi wanita yang tidak berhijab pula bagaimana?

Sebenarnya pelbagai faktor boleh dijadikan punca masalah rambut nipis berlaku. Lazimnya, ia akan dikaitkan dengan faktor genetik, perubahan cuaca atau sebagainya. Mesti anda terfikirkan, ada atau tidak solusi bagi masalah rambut tersebut?? Jangan risau dan bimbang, semestinya ada penyelesaian untuk masalah keguguran rambut dan rambut nipis. 

Di sini, disertakan tindakan yang perlu dielakkan oleh anda yang menghadapi masalah rambut nipis, agar masalah itu dapat diatasi. Jom teruskan bacaan di bawah.

Elak ikatan yang kuat pada rambut dalam tempoh lama

Kebiasaannya, wanita yang berambut panjang, mereka suka mengikat rambut. Memang akan nampak kemas tetapi, tahukah anda jika sering mengikat rambut dalam tempoh yang lama, banyak kesan buruk boleh berlaku. Ikatan rambut yang ketat pada setiap hari boleh membuatkan rambut anda semakin menipis.

Hal ini, menjadikan rambut nipis terutamanya pada garis rambut dan di belakang telinga. Anda boleh mengikat rambut, bukan tidak boleh tetapi sebaik-baiknya disarankan agar tidak mengikat rambut dalam tempoh yang lama terutamanya pada waktu malam dan ketika hendak tidur.

Rambut seharusnya dibiarkan terlerai selepas seharian dalam keadaan terikat kerana ia merupakan satu bentuk tekanan. Rambut juga perlu bebas dari sebarang aktiviti dan dengan itu, rambut dapat tumbuh subur pada waktu malam. Leraikan sedikit atau longgarkan ikatan untuk sekali sekala.

Jangan mandi menggunakan air panas secara kerap

Memang benar syampu dengan air panas dapat membantu membersihkan rambut dan kulit kepala. Tetapi jika syampu dengan suhu air yang panas secara kerap boleh menyebabkan akar rambut menjadi rosak.

Pada suhu yang terlalu panas, rambut akan senang putus, gugur dan kering. Sebab itulah menjadi punca rambut anda semakin menipis. Penggunaan air panas boleh mengurangkan minyak semula jadi pada kulit kepala yang dikenali sebagai sebum. Sebum sangat penting untuk memastikan rambut terus sihat dan bersinar.

Rajin buat rawatan di salon

Bagi yang mengalami masalah rambut nipis, anda disarankan membuat rawatan rambut di salon.

Selain itu, anda perlu memastikan produk rawatan rambut yang digunakan boleh menyihatkan akar dan pertumbuhan rambut.

Dalam pada itu juga, penggunaan produk kesihatan rambut perlu tepat dan sesuai dengan kulit kepala.

Anda juga perlu rajin gunakannya bagi membolehkan rambut dapat tumbuh sihat dan kuat.

Amalkan diet

Makanan yang kaya dengan protein seperti ikan dan kekacang boleh membantu mengekalkan rambut supaya terus tebal dan terhindar dari masalah keguguran.

Dengan mengamalkan diet yang bersesuaian, dapat mempengaruhi proses memperbaiki struktur rambut.

Jadi anda perlu menitikberatkan soal pemakanan, dan perlu mematuhi keperluan nutrien pada setiap hari dalam memastikan rambut dapat tumbuh subur.

 

Ingin lebih banyak perkongsian mengenai rambut? Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover