Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

RAMBUT SEMAKIN BERMASALAH KERANA SIKAT

By 28 Mei 2021No Comments

Apakah jenis sikat yang anda gunakan sekarang? Tahukah anda yang anda sedang merbahayakan rambut anda sekiranya anda tersalah menggunakan sikat terutama  mereka yang mempunyai masalah rambut. Aduh sakitnya  setiap batang rambut anda kerana sikat yang anda salah gunakan.

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi penggunaan sikat yang betul bagi membantu masalah rambut yang sedang anda hadapi terutamanya rambut gugur.

Adakah anda boleh menggunakan kesemua jenis sikat untuk masalah rambut gugur anda? Atau terdapat sikat yang spesifik untuk mengatasi masalah rambut gugur anda?

Ini adalah 3 JENIS SIKAT SESUAI DENGAN RAMBUT ANDA!

PADDLE BRUSH

‘Paddle Brush’ adalah sejenis sikat yang besar, leper dan lebar; diisi dengan kusyen udara dan mempunyai jejari plastik. Jenis sikat ini adalah yang wajib ada dalam beg anda terutama buat mereka yang memiliki rambut panajng, tebal dan rambut lurus semulajadi.

Kenapa anda perlukan ‘Paddle Brush’?

  1. Digunakan untuk mengatasi masalah rambut yang kusut.
  2. Sikat yang baik untuk melicinkan dan mengilatkan rambut.
  3. Bersifat anti-statik dan sesuai untuk mengatasi masalah rambut yang ‘frizzy’

Namun, sebelum menggunakan ‘Paddle Brush’, anda perlu memastikan sikat tersebut berada dalam keadaan yang sangat bersih. Lakukan pembersihan pada sikat anda sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Gunakan syampu biasa dan air suam, kemudian beruskan dengan tangan di celah jejari sikat sebelum direndamkan ke dalam air untuk 2-3 minit. Lapkan dengan tuala bersih dan keringkan menggunakan air-dry.

WIDE TOOTH BRUSH

‘Wide Tooth Brush’ adalah sejenis sikat yang leper dan mempunyai ruang yang besar antara jejari sikat sesuai dengan namanya. Jika ‘Paddle Brush’ sesuai untuk mereka yang berambut panjang, sikat jenis ini pula adalah pilihan yang baik untuk mereka yang berambut pendek.

Adakah ‘Wide Tooth Brush’ boleh digunapakai untuk semua jenis masalah rambut?

  1. Ia direka khas untuk mengatasi masalah kusut terutama keadaan rambut yang terikat antara satu sama lain tanpa menarik rambut dengan kasar.
  2. Membolehkan rambut anda kembali lembut dan terurus.
  3. Sikat jenis ini boleh mengurangkan rambut bercabang dan mengurangkan kerosakan rambut.

Cara penggunaan sikat jenis ini adalah anda digalakkan untuk mengurangkan kekusutan pada hujung rambut. Selepas anda meleraikan ikatan atau kusut, anda boleh menyikat rambut seperti biasa dari kulit kepala ke penghujung rambut. Teknik ini dapat mengurangkan keadaan rambut yang rosak akibat sikat.

VENT BRUSH

‘Vent Brush’ adalah sejenis sikat yang mempunyai jejari lebih besar berbanding ‘Wide Tooth Brush’ dan mempunyai pemegang. Bagi anda yang memiliki rambut pendek paras bahu, sikat jenis ini sangat digalakkan untuk anda.

Kenapa ‘Vent Brush’ banyak dilihat di salun?

  1. Sikat jenis ini biasanya digunakan untuk mengeringkan rambut dengan pengering rambut kerana jejari sikat yang lebih jarang berbanding sikat jenis lain.
  2. Tidak sesuai untuk penggunaan harian kerana penggunaan sikat ini boleh menyebabkan rambut anda putus atau gugur.
  3. Jika anda memiliki rambut yang ikal mayang dan inginkan gaya buat rambut pendek anda, ‘Vent Brush’ adalah pilihan terbaik.

Namun, ramai antara kita yang menggunakan sikat jenis ini setiap kali selepas mandi. Keadaan ini menyebabkan anda melihat beberapa helaian rambut gugur melekat pada sikat. Jika ingin menggunakan sikat jenis ini, pastikan rambut anda sekurang-kurang 80% kering.

Sekarang anda telah belajar sesuatu mengenai rambut anda. Pilih sikat anda dengan baik yang boleh mengatasi masalah rambut dan menguatkan lagi rambut anda. Bagi kami di Faith Fleur adalah keadaan rambut anda yang kuat dan sihat dengan masalah rambut yang minimum.

Ingin membuat pendapatan sampingan?
Layari www.hidupsenangbersamafaithfleur.com