Terdapat pelbagai jenis rekod yang pernah termaktub dalam Rekod Dunia Guinness dan salah satunya sudah semestinyalah rekod tentang rambut terpanjang. Mungkin masih ada yang tidak tahu, tapi sebenarnya ada je korang rekod dunia yang menyaksikan rambut terpanjang pernah dimiliki oleh beberapa orang individu. Sudah semestinya, setiap tahun pemegang rekod ini pasti bersilih ganti kerana rekod mereka sendiri.
Bila bercakap tentang rekod dunia ni, mesti lah terdapat pelbagai style rambut kan yang wujud. Antaranya ialah, rekod rambut terpanjang bagi wanita, rekod rambut palsu yang paling besar, rekod individu yang pernah memenangi pertandingan misai dunia paling banyak dan banyak lah lagi. Mesti korang semua pon rasa kagum dengan pencapaian yang telah dicapai oleh semua individu-individu ni. Mari kita saksikan!
1) Rambut Afro Terbesar Bagi Wanita
Pada bulan Disember 2020, seorang pereka fesyen yang bernama Simone Williams telah merekodkan satu Rekod Dunia Guinness untuk afro terbesar di dunia. Yang lebih menakjubkan, afronya lebih daripada lapan inci tinggi dan juga lebar. Sebelum Simone Williams, pemegang rekod untuk rambut afro terbesar sebenarnya jatuh kepada Aevin Dugas yang berasal dari Amerika Syarikat. Bagi Aevin Dugas pula, dia telah memiliki rambut afro ketika itu dengan lilitan empat kaki tujuh inci. Rekod ini pula terekod pada bulan Mac 2012.
2) Rambut Mohawk Spike Paling Tinggi
Seorang lelaki yang berasal dari negara Jepun, dan juga merupakan seorang pereka fesyen yang telah meluangkan lebih daripada 15 tahun hidupnya dalam mengembangkan spike Mohawknya. Untuk siapa yang tidak mengenali individu tersebut, nama pemegang rekod ini ialah Kazuhiro Watanabe dan dia telah menapak nama dalam Rekod Dunia Guinness dengan Mohawk spike setinggi empat kaki. Pada bulan April 2014, seluruh pasukan jurugaya mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam, satu balang penuh gel dan juga tiga tin semburan untuk memastikan Mohawk spike itu kukuh di atas kepalanya.
3) Rambut Terpanjang Bagi Seorang Remaja
Pada bulan Ogos 2022, seorang remaja Gujarati yang bernama Nilanshi Patel telah mendaftarkan namanya dalam Buku Rekod Dunia Guinness. Rekod yang diperolehi olehnya adalah dia dengan jayanya telah menumbuhkan rambutnya sejak dia berusia enam tahun. Pada satu tahap, dia pernah memanggil rambutnya sebagai ‘azimat bertuah’ bagi dirinya. Dia juga berkongsi bahawa dia pernah mencuci rambutnya hanya seminggu sekali. Hali ini kerana, mengeringkan rambut itu sahaja biasanya mengambil masa setengah jam, dan menyikatnya adalah satu lagi tugasan yang mengambil masa selama sejam. Namun begitu, Nilanshi Patel akhirnya telah memotong rambutnya ketika dia berusia 16 tahun. Pada masa itu, rekod rambutnya lebih daripada lima kaki.
4) Rambut Terpanjang Bagi Wanita
Pada tahun 2009, seorang wanita yang berasal dari Florida telah mencipta Rekod Dunia Guinness kerana mempunyai rambut terpanjang di dunia. Wanita yang berusia 60 tahun itu kembali menjadi berita kerana dia terus memegang rekod itu. Kini panjang rambutnya boleh direkodkan sehingga 110 kaki. Fakta menarik, Asha Mandela mula memanjangkan rambutnya kira-kira 40 tahun lalu apabila dia berpindah ke New York, Amerika Syarikat. Pada bulan November 2009, panjang rambut yang direkodkan ialah 19 kaki dan 6.5 inci. Gambarnya di Instagram menunjukkan bahawa dia sering membawa rambutnya di dalam beg dan mempamerkannya dengan bangga.
5) Rambut Palsu Paling Besar
Rambut palsu ini yang dibuat oleh Kelly Hanson dan juga Randy Carfagno Productions, berukuran sehingga tujuh kaki dan empat inci. Rambut palsu tersebut meraih gelaran sebagai rambut palsu yang terbesar di dunia. Pada tahun 2017, bintang Hollywood terkenal iaitu Drew Barrymore telah membuat penampilan memakai rambut palsu tersebut di The Tonight Show yang terletak di New York.