Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

RIMAS DENGAN RAMBUT BERCABANG? 7 CARA INI YANG ANDA CARI!

By 29 Julai 2022No Comments

Jika anda memiliki rambut yang kering, rapuh dan nipis, risiko untuk mengalami masalah rambut bercabang semakin besar. Sekiranya anda membiarkan masalah ini tidak ditangani dengan segera, sudah pasti ia akan mempengaruhi penampilan anda secara keseluruhan.

Kerosakan pada rambut anda juga akan menjadi lebih parah. Bagaimanapun, anda jangan risau dan bimbang kerana masalah rambut bercabang ini boleh diatasi dengan beberapa cara. Jom kita lihat cadangan rawatan rambut bercabang termasuk beberapa cara yang boleh lakukan sendiri di rumah.

1. Gantikan gaya rambut atau terus potong bahagian hujung.

Seandainya anda lihat hujung rambut mulai bercabang, seelok-eloknya potong rambut anda. Sebaiknya potong rambut secara teratur setiap 6 hingga 8 minggu sekali. Namun begitu, daripada hanya potong dihujung rambut bercabang, tidak salah sekiranya anda menyegarkan kembali penampilan dengan memilih potongan rambut model baru. 

Bukan hanya dapat menghilangkan hujung rambut yang bercabang bahkan dapat mencegah kerosakan daripada menjalar ke pangkal rambut. Penampilan anda pun akan menjadi lebih segar dan lebih baik. Namun setelah memotong rambut, perlu diingat anda harus selalu merawatnya dengan baik agar masalah cabang tidak kembali muncul.

2. Melakukan velaterapia atau candle cutting.

Velaterapia? Apakah itu? Istilah velaterapia atau candle cutting mungkin masih cukup asing untuk kita semua.

Walau bagaimanapun, kaedah ini boleh menjadi salah satu cara menghilangkan rambut bercabang. Adakah anda tahu, kaedah ini sangat efektif untuk dilakukan?

Untuk menghilangkan rambut bercabang dengan cara ini, pekerja salon akan mengambil helaian rambut anda yang bercabang lalu membakar bahagian yang bermasalah itu dengan menggunakan lilin. Dengan membakar hujung rambut, dipercayai dapat melindungi bahagian tersebut agar tidak mudah terbelah. Hasilnya, masalah rambut bercabang yang dihadapi dapat diatasi. 

3. Treatment gunakan bahan semulajadi.

Jika anda tidak ingin pergi ke salon namun ingin segera menghilangkan masalah rambut bercabang, anda boleh melakukan perawatan sendiri di rumah dengan memanfaatkan bahan-bahan yang mudah ditemui. 

Beberapa bahan yang dapat dimanfaatkan misalnya minyak kelapa, madu atau minyak zaitun.

Perawatan dengan bahan-bahan ini pun cukup mudah dilakukan, di mana anda hanya perlu mengusap bahan tersebut secara langsung pada bahagian hujung rambut yang bercabang. 

Meskipun begitu, cara ini harus dilakukan secara rutin dan penuh kesabaran. 

4. Gunakan serum untuk rambut bercabang.

Penggunaan serum pada rambut bercabang bukan hanya dapat menghilangkan bahagian cabang itu sendiri, namun juga dapat memperbaiki kerosakan rambut secara keseluruhannya. 

Jika rambut anda kering dan menimbulkan kerosakan yang sangat teruk pada hujung rambut sehingga kelihatan terbelah, penggunaan serum adalah sangat digalakkan. Untuk pengetahuan anda, salah satu fungsi utama serum rambut adalah untuk memberi nutrisi dan mengembalikan kesihatan rambut. 

Jika anda tertarik untuk menggunakan serum, sebaiknya pilihlah kandungan yang diformulasikan dengan bahan semulajadi agar lebih selesa digunakan dalam jangka waktu panjang.

5. Ganti produk syampu dan perapi yang digunakan.

Penggunaan produk perawatan rambut yang salah dapat mengakibatkan kerosakan serius pada kesihatan rambut. 

Kadang-kadang pengguna menggunakan produk rambut yang salah atau tidak sesuai dengan kulit kepala. Ada juga produk perawatan rambut mengandungi bahan seperti alkohol yang membuat rambut anda rosak dan kering. 

Oleh kerana itu, anda harus memilih produk perawatan rambut yang betul dan boleh dipercayai serta baik untuk kulit kepala.

6. Pakai masker rambut.

Salah satu cara merawat rambut bercabang dan mudah rosak adalah menggunakan masker rambut. Jika ingin kesan bebas kimia, kami ada beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengatasi rambut bercabang.

Pisang

Masker pisang adalah satu masker rambut yang terkenal dalam mengembalikan kesihatan rambut. Buah berwarna kuning ini mengandungi kalium, zinc, zat besi dan sejumlah vitamin yang dapat mengembalikan keanjalan rambut anda.

Cara memakainya:

  • Potong pisang yang sudah matang.
  • Tambahkan 2 sudu yogurt tawar dan ekstrak lemon.
  • Campurkan bahan tersebut dengan pengisar.
  • Oleskan masker pisang pada rambut.
  • Biarkan selama satu jam.
  • Bilas hingga bersih.

 

Telur

Kandungan protein keratin dan asam lemak di dalam telur dapat membantu membentuk kembali helaian rambut yang rosak. 

Protein telur juga dapat mengatasi rambut anda daripada rapuh di samping menjadikannya kembali halus serta tahan rosak.

Cara memakainya:

  • Gunakan kuning telur dan campurkan 2 hingga 3 sudu minyak zaitun atau 1 sudu madu.
  • Adunkan sehingga rata.
  • Oleskan campuran tersebut pada rambut yang basah.
  • Biarkan selama 30 minit.
  • Bilas hingga bersih menggunakan syampu agar baunya hilang.

 

7. Berhati-hati ketika rambut dalam keadaan basah

Rambut dalam keadaan basah lebih berisiko mengalami kerosakan. Rambut ini akan lebih mudah kusut dan rapuh, terutama ketika anda menyisirnya dengan sikat bergigi rapat. Selain itu, jangan pernah menggunakan alat pengeriting rambut pada rambut yang basah. Kebiasaan ini dapat membuatkan helaian rambut menjadi panas dan boleh menyebabkan kerosakan.

Anda juga perlu berhati-hati ketika mengikat rambut dalam keadaan basah. Bila anda harus mengikatnya, cubalah mengikat rambut dengan ikatan yang longgar agar tidak membuat rambut mudah kusut.

Sebaiknya, keringkan dulu rambut anda dan gayakan seperti biasa.

 

Kesimpulan

Lazimnya, salah satu penyebab utama rambut bercabang adalah kerosakan akibat rawatan yang diterima di salon.

Ada juga daripada sikap kita sendiri tanpa disedari dengan tidak menjaga pemakanan selain terdedah kepada pancaran sinaran matahari. Apa yang penting adalah untuk mengelakkan daripada bahagian hujung rambut bercabang, anda digalakkan memilih syampu dan perapi yang sesuai dengan kulit kepala anda.

Jangan sesekali tunda untuk merawat rambut yang mempunyai masalah rambut bercabang supaya tidak terus-menerus berhadapan dengan masalah yang sama.

Ingin lebih banyak informasi mengenai penjagaan rambut/ Sertai kami di https://t.me/faithfleurlover