Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

SCALP PSORIASIS: PUNCA DAN CARA RAWATAN JANGKA PENDEK

By 7 September 2020No Comments

Siapa pernah dengar penyakit Psoriasis Kulit Kepala(Scalp Psoriasis)?

Scalp Psoriasia adalah penyakit kulit yg biasa terjadi kepada manusia tidak kira lelaki atau wanita. Untukpengetahuan anda, tiada siapa dapat mengenal penyakit ini selagi ia tidak muncul secara jelas pada permukaan kulit kepala.

Sama seperti kebanyakan penyakit, Scalp Psoriasis sukar dikenal pasti punca dan asal usulnya, tapi perubatan percaya penyakit ini boleh menular pada badan  manusia adalah disebabkan sistem imun yang membuatkan sel-sel tumbuh terlalu cepat dan membentuk tompok-tompok di sekitar kulit kepala.

Antara gejala seseorang pengidap Scalp Psoriasis ini termasuklah:

  • Kemerah-merahan di bahagian kulit kepala
  • Kulit kepala sering bersisik
  • Muncul satu tampalan atau beberapa tompokan merah
  • Sering rasa gatal pada bahagian tompokan
  • Keruping-keruping putih muncul
  • Keguguran rambut

Punca Scalp Psoriasis?

  • Keturunan
  • Sistem imun yang tak aktif
  • Suhu yang rendah
  • Jangkitan kuman
  • Tekanan

Kesan sekiranya tak dirawat dengan segera:

  • Semakin hari akan jadi semakin teruk
  • Luka menjadi lebih tebal tanpa rawatan
  • Kesan berkerak atau keruping putih mula menutupi sebahagian kepala
  • Boleh mempengaruhi tidur dan kehidupan seharian
  • Banyak menggaru boleh menyebabkan jangkitan pada kesan psoriasis.

Adakah Scalp Psoriasis boleh dirawat?

Setakat ini, Scalp Psoriasis tidak mempunyai ubat yang tepat untuk menghilangkannya secara kekal, tapi banyak rawatan boleh bantu untuk mengurangkan gejala, kawal penyebaran dan menghalang penyakit ini datang kembali.

Sekiranya anda mempunyai gejala yang kami dah share, sila berjumpa dengan doktor atau pakar dematologi anda. Kebiasaannya doktor akan melakukan biopsi kulit untuk mencari jenis rawatan dan pendekatan yang sesuai untuk mengurangkan penyakit ini.

Namun, ada beberapa kaedah yang boleh anda ikut bila berhadapan dengan perkara ini.

  1. Pendedahan kepada matahari
  2. Mandi laut
  3. Penggunaan krim pelembap seperti gel petroleum
  4. Penggunaan krim dengan campuran vitamin D
  5. Elak ambil ubat tanpa nasihat daripada doktor

Semoga sihat selalu.