Skip to main content
Tips Penjagaan Rambut

RAHSIA PENJAGAAN RAMBUT MASYARAKAT INDIA (BHG 2)

By 3 Ogos 2018September 7th, 2020No Comments
Dalam posting kita sebelum ini, ada diterangkan rahsia penjagaan rambut masyarakat India. Rahsia mereka banyak dipengaruhi oleh 3 bahan utama ini: Amla (gooseberry), Reetha (soapnut) dan Shikakai (acacia concinna). Ada banyak kaedah boleh diamalkan jika dicampur dengan bahan luar yang lain. Jika anda sudah banyak kali bertukar produk tanpa menampakkan kesan positif, mungkin ini jalan penyelesaian untuk anda. 100% organik dan semulajadi.
Kini rahsia turun-temurun masyarakat India berada di depan mata anda. Ini adalah bahagian 2. Teruskan bacaan.
(Untuk tips dibawah, ambil perhatian 1 = 1 sudu besar)
AMLA, REETHA, SHIKAKAI SEBAGAI HAIR TONIC
BAHAN DIPERLUKAN: Amla + Reetha + Shikakai + Minyak kelapa
RATIO: 1 : 1 : 1 : 2
CARANYA:
  • Letak air didalam periuk, panaskan sehingga hampir mendidih
  • Letakkan minyak kelapa didalam periuk yang kecil
  • Campurkan Amla, Reetha dan Shikakai didalam minyak kelapa. Dan letakkan didalam periuk besar
  • Panaskan campuran tersebut pada api sederhana
  • Gaul perlahan selama 15 minit sehingga minyak kelihatan mendidih
  • Tutup api dan biarkan selama 24 jam
  • Selepas 24 jam, pati itu boleh digunakan pada rambut anda
WAKTU PENGGUNAAN: Letakkan pati ini di rambut anda sehari sebelum bershampoo. Sapu rata ke kulit kepala.
AMLA, REETHA, SHIKAKAI SEBAGAI SHAMPOO
BAHAN DIPERLUKAN: Amla + Reetha + Shikakai
RATIO: 1 : 1 : 1
CARANYA:
  • Rendam semua bahan ini sekali
  • Pastikan semua bahan tenggelam didalam air. Bahan ini ringan dan mudah terapung.
  • Biarkan selama 8-12 jam
  • Selepas itu, panaskan bahan ini selama 20 minit
  • Letakkan bahan ini kedalam pengisar. Setkan kelajuan perlahan dan minimum.
  • Kisar perlahan dan sekejap sahaja untuk mengekalkan tekstur
  • Perah dan ramas bahan tersebut untuk mendapatkan jus
  • Basuh rambut anda menggunakan jus tersebut
WAKTU PENGGUNAAN: 2 hari sekali. Jadikan pengganti shampoo anda.
AMLA, REETHA, SHIKAKAI SEBAGAI HAIR MASK
Hair mask ini digunakan selepas anda bershampoo. Ini adalah beberapa kaedah anda boleh amalkan untuk merawat rambut anda.
UNTUK RAMBUT GUGUR
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + kapur barus + air bunga ros
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1/2 : 2
CARANYA:
  • Campur semua bahan mengikut ratio
  • Sapukan ramuan tersebut di kulit kepala diikuti rambut
  • Biarkan selama 30 minit
  • Jika dibiarkan terlalu lama, bau kapur barus akan melekat di rambut
WAKTU PENGGUNAAN: 2 kali seminggu
UNTUK MENGUATKAN RAMBUT
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + serbuk Brahmi + minyak zaitun
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1 : 2
CARANYA:
  • Panaskan kesemua bahan diatas bersama minyak zaitun selama 10 minit
  • Gaul sehingga sedikit likat dan melekit selama 5 minit
  • Biarkan sejuk dan kemudian letakkan di kulit kepala.
  • Cuci dengan air bersih selepas 30 minit
WAKTU PENGGUNAAN: 3 kali seminggu
UNTUK RAMBUT KELEMUMUR
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + serbuk biji halba + minyak sapi
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1 : 2
CARANYA:
  • Gaulkan semua bahan sehingga sedikit likat
  • Sapukan di kulit kepala
  • Urut lembut dan biarkan selama 1 jam
  • Bilas dengan air bersih
WAKTU PENGGUNAAN: 2 kali seminggu
UNTUK RAMBUT BERCABANG
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + minyak kelapa + susu
RATIO: 1 : 1 : 1 : 2 : 1
CARANYA:
  • Gunakan susu yang tinggi kandungan lemak yang baik untuk melembapkan rambut
  • Gaul semua bahan diatas
  • Letak di rambut khususnya di hujung rambut
  • Biarkan selama 30 minit kemudian bilas
WAKTU PENGGUNAAN: 2 kali seminggu
UNTUK RAMBUT BERUBAN
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + serbuk inai + serbuk bunga raya
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1 : 1
CARANYA:
  • Gaulkan semua bahan diatas bersama sedikit air
  • Letakkan di rambut dan biarkan selama 90 minit
  • Bilas dengan air bersih
WAKTU PENGGUNAAN: 1 kali seminggu
UNTUK RAMBUT KASAR DAN KERING
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + serbuk koko + gel aloe vera
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1 : 2
CARANYA:
  • Gaul semua bahan diatas sehingga sedikit likat
  • Sapukan di kulit kepala dan rambut
  • Biarkan selama 1 jam dan kemudian bilas
WAKTU PENGGUNAAN: 3 kali seminggu
UNTUK RAMBUT BERMINYAK
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + serbuk tanah liat (Multani Mitti) + dadih
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1 : 1
CARANYA:
  • Gaulkan bersama sehingga sedikit likat
  • Sapu ke kulit kepala dan urut lembut
  • Biarkan selama 1 jam
  • Cuci dan bilas menggunakan air
WAKTU PENGGUNAAN: 3 kali seminggu
UNTUK RAMBUT BERSINAR
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + serbuk kulit oren + glycerin + air bunga ros
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1 : 1/2 : 1
CARANYA:
  • Gaulkan semua bahan mengikut ratio yang ditetapkan
  • Sehingga tekstur likat, kemudian sapukan ke rambut
  • Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air bersih
WAKTU PENGGUNAAN: 3 kali seminggu
UNTUK MELEBATKAN RAMBUT
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + gel Aloe Vera + minyak bijan
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1 : 2
CARANYA:
  • Gaulkan semua bahan
  • Sapukan ke kulit kepala dan biarkan selama 1 jam
  • Bilas dengan air bersih
WAKTU PENGGUNAAN: 2 kali seminggu
UNTUK MELEMBUTKAN RAMBUT
BAHAN DIPERLUKAN: serbuk Amla + serbuk Reetha + serbuk Shikakai + madu + putih telur
RATIO: 1 : 1 : 1 : 1/2 : 1
CARANYA:
  • Campurkan semua bahan
  • Sapu ke rambut dan biarkan selama 1 jam
  • Cuci dan bilas menggunakan air. Untuk menghilangkan bau putih telur, basuh sedikit bersama air limau
WAKTU PENGGUNAAN: 2 kali seminggu

Leave a Reply